Saturday, May 28, 2011

Membina rasa yakin diri:

1. Kenali diri Anda, jadilah diri sendiri.

Anda tahu siapa Anda, Anda sedar mana asal Anda, terimalah diri Anda seadanya. Kalo dah ditakdirkan Anda bertubuh pendek, berkaki pendek, kurus dan bercermin mata, terimalah Tuhan dah jadikan Anda camtu.

Jika Anda ada kekurangan dari segi fizikal, pasti Anda ada kelebihan dari segi mental. Gitulah sebaliknya.

Tuhan tak akan berikan kita kekurangan melainkan dia berikan kita kekuatan. Jadi, kita kena cari kekuatan tu. Bila Anda dah jumpa, gilap dan perbaiki dari semasa ke semasa.

Lama kelamaan, penambahbaikan tu akan membuat kita menemui keyakinan yang kita tak jumpa kat tempat lain.

2. Terima teguran, gurauan dan cercaan kawan-kawan.

Jangan respon pada kata-kata negatif, teguran negatif, gurauan sarkastik atau cercaan negatif yang ditujukan pada Anda. Diamkan diri saja, jangan balas, jangan fikir. Biarkan berlalu.

Lama-lama semua tu akan pergi sendiri, menghilang begitu saja. Rasa yakin diri akan jadi bertambah jatuh apabila Anda respon pada setiap kata-kata negatif. Jatidiri Anda akan menghilang apabila Anda selalu memikiran kata-kata negatif tu.

Emosi akan tercabar hingga membuat Anda hilang pertimbangan, lantas membuat Anda kurang selesa dengan diri Anda. Bila sudah kurang selesa dengan diri sendiri, keyakian mula luntur satu persatu.

3. Bijak memilih kawan.

Remaja suka berkawan. Tapi, kena pandai pilih kawan.

Jangan sampai gara-gara mau diterima kawan, diri sendiri terkorban. Sikap kawan boleh mempengaruhi Anda.

Banyakkan berkawan dengan rakan-rakan aktif, positif, bersikap baik, berkata yang baik-baik, yang cemerlang dan berperangai baik sebab biasanya kengkawan yang camni ada keyakinan diri. Keyakinan mereka yang Anda nampak tu akan mempengaruhi Anda.

Dari pergaulan dengan kawan yang baik-baik, Anda boleh belajar cemana untuk perbaiki diri sendiri. Kesannya lama kelamaan rasa yakin diri tu mula timbul, menambah dan terus menambah.

3 tips ni hanya tips yang asas namun amat baik untuk dipraktikkan pada peringkat permulaan Anda mahu berubah menjadi remaja berkeyakinan diri.

sumber : http://www.imotivasi.com/

Saturday, May 7, 2011

Perhimpunan Hari Pekerja

Tempat : Stadium Putra, Bukit Jalil ..
Kontijen : Universiti Malaya
Tarikh : 07 Mei 2011



video

Puisi untuk IBU

Ibu...

adalah wanita yang telah melahirkanku
merawatku
membesarkanku
mendidikku
hingga diriku telah dewasa

Ibu...

adalah wanita yang selalu sedia tatkala aku dalam buaian
tatkala kaki-kakiku belum kuat untuk berdiri
tatkala perutku terasa lapar dan haus
tatkala kuterbangun di waktu pagi, siang dan malam

Ibu...

adalah wanita yang penuh perhatian
bila aku sakit
bila aku terjatuh
bila aku menangis
bila aku kesepian

Ibu...

telah kupandang wajahmu diwaktu tidur
terdapat sinar yang penuh dengan keredhaan
terdapat sinar yang penuh dengan kesabaran
terdapat sinar yang penuh dengan kasih dan sayang
terdapat sinar kelelahan kerana aku

aku yang selalu memerlukan perhatianmu
aku yang telah menghabiskan air susumu
aku yang selalu menyusahkanmu hingga muncul tangismu

Ibu...

engkau menangis
engkau sedih
engkau menderita
engkau kurus
engkau korbankan ..... segalanya untuk aku

Ibu...

jasamu tiada terbalas
jasamu tiada terbeli
jasamu tiada akhir
jasamu tiada tara
jasamu terlukis indah di dalam surga

Ibu...

hanya do'a yang bisa kupersembahkan untukmu
Hanya tangisku sebagai saksi
atas rasa cintaku padamu

Ibu..., I LOVE YOU SO MUCH

Monday, May 2, 2011

1 Mei yang mmg hapening ...

giler tak best ... sekali terasa tempias glamor laks .. hahhahaaha .. mmg seronok sgt ... tak tau nak ckp mcm mana seronoknye .. hehehe

Akademi Fantasia 9

 



 

 



























Maharaja Lawak - JAMBU


 

Lawatan ke umah anak yatim Darul Aminan

Hari sabtu (30 Mei 2011) aku n geng2 APM mengadakan lawatan ke rumah anak yatim Darul Aminan, Ampangan - seremban, N9. turut serta dalam lawatan ini adelah pelajar2 ijazah tinggi APM - mereka adekan sesi motivasi bersama anak2 yatim .. sungguh menyentuh perasaan ketika berada di sana ...

aku bersyukur kerana kesusahan n kepayahan serta keperitan hidup yang aku alami selama ini rupanya ade yang merasai lebih teruk dari itu (masyaAllah) .. aku insaf mendengar cerita kisah hidup anak2 Darul Aminan ini ... ;(

wahai anak2 dan adik2 d darul aminan ... belajar rajin2 k.... really wish u all the best ... semoga korang semua tabah harungi cabaran kehidupan .....


 




Renungan ..

Kita selalu bertanya...

dan Al-Quran sudah menjawabnya...

1)KITA BERTANYA : KENAPA AKU DIUJI?
AL-QURAN MENJAWAB : "Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," ("I am full of faith to Allah") sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan, sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta." -Surah Al-Ankabut ayat 2-3

2)KITA BERTANYA : KENAPA AKU TAK DAPAT APA YANG AKU IDAM-IDAMKAN?
AL-QURAN MENJAWAB : "Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."- Surah Al-Baqarah ayat 216.

3)KITA BERTANYA : KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
AL-QURAN MENJAWAB : "Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."-Surah Al-Baqarah ayat 286.

4)KITA BERTANYA : KENAPA RASA FRUST?
AL-QURAN MENJAWAB : "Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman."- Surah Al-Imran ayat 139.

5) KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
AL-QURAN MENJAWAB : "Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah (be fearfull of Allah The Almighty) kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)."

5)KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
AL-QURAN MENJAWAB : "Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk"- Surah Al-Baqarah ayat 45.

6)KITA BERTANYA : APA YANG AKU DAPAT DARIPADA SEMUA INI?
AL-QURAN MENJAWAB : "Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka... ?- Surah At-Taubah ayat 111.

7)KITA BERTANYA : KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
AL-QURAN MENJAWAB : "Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari Nya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal."- Surah At-Taubah ayat 129.

8) KITA BERKATA : AKU TAK DAPAT TAHAN!!!
AL-QURAN MENJAWAB : ".....dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir."- Surah Yusuf ayat 12.

SALAM UKHUWWAH FILLAH.

Sunday, May 1, 2011

Fakta atau Auta

assalam .. hehehhe .. ni aku nak share fakta n auta yang aku dpt ketika layan internet time boring .. hahhahh .. just for fun k .. mana yg korang rase betul .. betul = betul la tu .. mana yg korang rase kureng = kureng la ... :)

1. Tahukah anda apabila 350ml air yang diambil dari sinki dan kemudiannya dituangkan ke dalam cerek yang mengandungi 150ml air suling dan dibiarkan terdedah kepada nyalaan api bersuhu 100 darjah celcius akan menghasilkan satu cecair yang dinamakan air masak.

2. Percayakah anda yang air sirap merupakan salah satu bahan asas dalam pembinaan sebuah helikopter. Ini kerana kajian telah dibuat, seorang pembina helikopter memerlukan air sirap untuk menghilangkan keletihan semasa membuat helikopter, tanpa air sirap mungkin helikopter tersebut tidak dapat disiapkan.

3. Sebuah kereta yang dipandu selaju 220 km/j tidak akan dapat memotong kereta yang dipandu selaju 40 km/j sekiranya kereta-kereta tersebut dipandu dari arah yang bertentangan

4. Tahukah Anda dalam bahasa Inggeris dan Italy, jurugambar dikenali sebagai paparazi. Perkataan itu dipercayai diambil dari watak paparazzo dalam filem La Dolce Vita yang diterbitkan oleh Federico Fellini pada tahun 1960. Dalam bahasa melayu pula, ayah kepada seorang budak yang bernama Razzi juga boleh dikenali dengan nama papa Razzi.

5. Tahukah Anda bendera negara Denmark telah dicipta 700 tahun lampau, menjadikan bendera paling lama digunakan di dunia lebih lama daripada penggunaan susu cap bendera.

6. Tahukah Anda magnet ialah sejenis logam yang juga digelar besi berani. Sebagaimana namanya magnet ialah besi yang berani menarik butir-butir besi lain kearahnya. Bagaimanapun orang yang diupah untuk menarik kereta bukanlah magnet.

7. Tahukah Anda cicak memutuskan ekornya apabila diganggu. Apabila cicak menyedari yang dia diekori oleh sesuatu, ia akan memutuskan ekornya supaya benda itu tidak mengekorinya lagi atas alasan tanpa ekor sudah tentu ia tidak akan diekori lagi.

9. Tahukah Anda burung dapat pulang ke sarangnya walaupun telah keluar kadangkala hingga beribu kilometer daripada sarangnya tanpa sesat atau silap walaupun tanpa bantuan kompas. Ini kerana setiap sarang burung mempunyai alamatnya yang tersendiri sebenarnya.

10. Tahukah Anda bunyi perkataan lempeng dan tempeleng adalah hampir sama walaupun ia berbeza dari segi rupa bentuknya. Tapi, walaubagaimanapun orang yang kena tempeleng masih boleh memakan lempeng apabila dia berasa lapar.

11. Tahukah Anda gunung berapi yang berusia tiga ratus tahun disahkan masih aktif untuk meletup. Tapi mengikut kajian ahli gunung, api elektrik di rumah kita tidak akan aktif jika tidak membayar bilnya selama tiga bulan.

12. Tahukah Anda orang yang tidak pernah kisah langsung tentang wang ringgit, pangkat, kedudukan dan harta dunia ialah Orang Utan.

13. Tahukah Anda ahli sains seluruh dunia bersepakat jika nasi ayam dimakan sewaktu lapar, perut kita akan mengalami satu tindakbalas yang berupa kekenyangan. Nasi ayam juga boleh digunakan sebagai ubat untuk menggembirakan hati kita bila nasi ayam yang dimakan itu dibelanja oleh kawan kita.