Saturday, May 28, 2011

Membina rasa yakin diri:

1. Kenali diri Anda, jadilah diri sendiri.

Anda tahu siapa Anda, Anda sedar mana asal Anda, terimalah diri Anda seadanya. Kalo dah ditakdirkan Anda bertubuh pendek, berkaki pendek, kurus dan bercermin mata, terimalah Tuhan dah jadikan Anda camtu.

Jika Anda ada kekurangan dari segi fizikal, pasti Anda ada kelebihan dari segi mental. Gitulah sebaliknya.

Tuhan tak akan berikan kita kekurangan melainkan dia berikan kita kekuatan. Jadi, kita kena cari kekuatan tu. Bila Anda dah jumpa, gilap dan perbaiki dari semasa ke semasa.

Lama kelamaan, penambahbaikan tu akan membuat kita menemui keyakinan yang kita tak jumpa kat tempat lain.

2. Terima teguran, gurauan dan cercaan kawan-kawan.

Jangan respon pada kata-kata negatif, teguran negatif, gurauan sarkastik atau cercaan negatif yang ditujukan pada Anda. Diamkan diri saja, jangan balas, jangan fikir. Biarkan berlalu.

Lama-lama semua tu akan pergi sendiri, menghilang begitu saja. Rasa yakin diri akan jadi bertambah jatuh apabila Anda respon pada setiap kata-kata negatif. Jatidiri Anda akan menghilang apabila Anda selalu memikiran kata-kata negatif tu.

Emosi akan tercabar hingga membuat Anda hilang pertimbangan, lantas membuat Anda kurang selesa dengan diri Anda. Bila sudah kurang selesa dengan diri sendiri, keyakian mula luntur satu persatu.

3. Bijak memilih kawan.

Remaja suka berkawan. Tapi, kena pandai pilih kawan.

Jangan sampai gara-gara mau diterima kawan, diri sendiri terkorban. Sikap kawan boleh mempengaruhi Anda.

Banyakkan berkawan dengan rakan-rakan aktif, positif, bersikap baik, berkata yang baik-baik, yang cemerlang dan berperangai baik sebab biasanya kengkawan yang camni ada keyakinan diri. Keyakinan mereka yang Anda nampak tu akan mempengaruhi Anda.

Dari pergaulan dengan kawan yang baik-baik, Anda boleh belajar cemana untuk perbaiki diri sendiri. Kesannya lama kelamaan rasa yakin diri tu mula timbul, menambah dan terus menambah.

3 tips ni hanya tips yang asas namun amat baik untuk dipraktikkan pada peringkat permulaan Anda mahu berubah menjadi remaja berkeyakinan diri.

sumber : http://www.imotivasi.com/

No comments:

Post a Comment