Ramadhan bulan yg berkat,bulan rahmat bulan utama pahala digandakan,doa diterima bulan Lailatul Qadar yg istimewa. Jika trgores luka dlm tawa,trsinggung rasa dlm brbicara,mari kita sambut Ramadhan dgn hati yg bersih & suci smoga smua dosa kita diampuni.
Ramadan (b. Arab: رمضان, transliterasi: Ramaḍān, terjemahan harfiah: "panas terik") (biasa digelar "Ramadan Al-Mubarak") adalah merupakan bulan yang ke-9 dan bulan paling suci di dalam kalendar Islam. Seperti bulan Islam lain, bulan ini mempunyai 29 atau 30 hari. Pada bulan ini umat Islam ini diwajibkan berpuasa seperti yang termaktub dalam al-Qur'an yang bermaksud:
Ramadan, yang di dalamnya diturunkan al-Qur'an sebagai petunjuk
bagi manusia dan keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan
(menjelaskan) perbezaan (antara yang benar dan salah). Oleh itu, barangsiapa di
antara kamu hadir di bulan itu, maka hendaklah dia berpuasa pada bulan itu...
-surah Al-Baqarah, ayat 185
Bulan Ramadan merupakan masa untuk umat Islam
berfikir dan merenung diri sendiri, bersolat, membuat kebajikan dan meluangkan
masa dengan keluarga serta sahabat handai. Diharapkan dengan berpuasa dari
fajar hingga senja umat Islam akan dapat mempertingkatkan disiplin diri dan
menjadi pemurah, dengan mengingati kesusahan hidup sebahagian manusia yang
miskin papa. Ramadan berasal dari kata akar رﻣض , yang
bererti panas yang menyengat
atau kekeringan, khususnya pada tanah. Dari kata akar tersebut kata Ramadan digunakan
untuk menunjukkan adanya sensasi panas ketika seseorang itu kehausan. Pendapat
lain mengatakan bahwa kata Ramadan digunakan kerana pada bulan itu dosa-dosa
dihapuskan oleh perbuatan baik sebagaimana matahari membakar tanah. Hal
ini dikiaskan dengan umat Islam yang mengambil kesempatan Ramadan untuk serius
mencairkan, memuhasabah diri dan memperbaharui kekuatan jasmani, rohani dan tingkah lakunya, sebagaimana panas mewakili sesuatu yang dapat
mencairkan bahan. Penentuan awal ramadhan
Takwim Hijrah didasarkan pada orbit bulan mengelilingi bumi
dan awal setiap bulan ditetapkan saat terjadinya hilal (bulan sabit).
Kaedah penentuan saat terjadinya hilal yang digunakan ketika ini ada dua, iaitu
kaedah penglihatan dengan mata kasar ("rukyah") dan kaedah
perhitungan astronomi ("hisab"). Sesetengah negara menggunakan rukyah
sahaja manakala sesetengah yang lain menggunakan nisab sahaja [3].
Dunia Melayu amnya menggunakan kedua-dua kaedah sekaligus [4].
LAILATUL QADAR
Lailatul Qadar (malam ketetapan), adalah
satu malam yang khusus terjadi di bulan Ramadan. Malam ini dikatakan
dalam al-Qur'an pada surah Al-Qadr, lebih baik daripada seribu
bulan [7]. Saat pasti berlangsungnya malam ini tidak diketahui
namun menurut beberapa riwayat, malam ini jatuh pada 10 malam terakhir
pada bulan Ramadan, tepatnya pada salah satu malam ganjil yakni malam ke-21,
23, 25, 27 atau ke-29. Malah ada sebahagian ulama yang menganggap ianya berlaku
pada malam genap seperti malam 24 Ramadan. Walaubagaimanapun, antara hikmah
malam ini dirahsiakan agar umat Islam rajin beribadat di sepanjang malam
khususnya di sepuluh malam yang terakhir. Sebahagian Muslim biasanya berusaha
tidak melewatkan malam ini dengan menjaga diri agar berjaga pada malam-malam
terakhir Ramadan sambil beribadah sepanjang malam.
No comments:
Post a Comment