HaJi 2010

Alhamdulillah ....

Aku dan ibu selamat mengerjakan haji pada tahun 2010 ...  kami ke Tanah Suci pada 31 Oktober 2010 (hari ulang tahun kelahiran ibuku) .... kami (Jemaah Haji Malaysia) berkumpul terlebih dahulu Bangunan Tabung Haji Kelana Jaya ... kami naik bas di iringi polis trafik ke Kuala Lumpur International Airport ... kapal terbang kami terus ke Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdul Aziz (Jeddah - Arab Saudi).... besar n canggih woo LTAKAA ni .. :) - maklumlah nak sambut tetamu ALLAH ... kami ke sana menaiki pesawat MAS (KT 78) ... penerbangan mengambil masa 8 jam (lama kan ...) - ketika ini kami berniat ihram umrah dalam kapal terbang dgn miqat - qarnul manazil ... di KLIA kami naik pesawat dlm pukul 8.30 mlm... kami sampai dalam pukul 2.30 pg waktu tempatan (jeddah) .... sampai di sana kami diuruskan oleh pihak tabung haji untuk ke tempat penginapan .. dr jeddah ke Tanah Suci Mekah Al-Mukaramah (Tanah Haram - 2 jam) ... naik bas (bas kami no-4) ... pemandangan time nie .. samar2 kerana masih pagi n tak nampak sgt keindahan Tanah Haram ... kami sampai di Tanah Haram dlm pukul 6.00 pg... sempat lah sembahyang subuh .. walaupun waktu itu kire subuh tinggal sisa2 akhir :) ....

suasana ketika menghantar Jemaah di Bangunan Tabung Haji Kelana Jaya


di Tanah Haram (Mekah) .. kami menginap di Maktab 76 - Hotel Sevilla Barakat ... hotel ni Alhamdulillah tak jauh dari MasjidilHaram (kurang satu kilometer - Tak ingat .. tp dekat arr tak jauh) .... kami sampai2 je terus buat tawaf qudum (tawaf selamat dtg) .... pertama kali memandang kaabah ... hati berbagai perasaan .... tak terucap dan tergambar rasa syukur yang teramat sgt kerana di beri keizinan oleh yang maha Pencipta untuk sampai ke sini... seusai tawaf qudum 7 pusingan ... kami bersaei 7 pusingan.. kami bertahlul ....  ... untuk menunggu waktu puncak haji (musim haji) .. kami hanya melakukan amal ibadat dengan membaca al-quran, berzikir dan sebagainya dlm MasjidilHaram ... ade diantara jemaah haji yg lain mengambil kesempatan melakukan umrah sebanyak mungkin sebelum tiba musim haji .. maklum tana'im (tempat berniat / miqat dan sembahyang sunat ihram umrah) dekat  ... ade masa lebih kurang dua minggu (kire lama kan ..) .. so dr tak buat pe2 .. jemaah haji melakukan umrah .. mcm kami (aku dan mak) ... kami berpakat utk melakukan umrah selepas musim haji .. kerana ingin berehat secukupnya untuk simpan tenaga melakukan ibadat yang lebih ketika musim haji nanti .... kami di sevilla barakat enam orang sebilik ... aku dan mak - tak leh dipisahkan .. pastu cik esah (kire sedara .. pasal kakak ipar kepada anak buah ayah - along ani ..) .. cik pah - org penang ... then dua bersaudara cik manisah dan juga cik maskiah ....





di King Abdul Aziz International Airport (sewaktu baru sampai .. mak terus call KL .. hehehhe)





bergambar di hadapan hotel penginapan (Hotel Sevilla Barakat - Mekah) ...









setibanya waktu puncak (bermulanya musim haji) .. kami jemaah haji maktab 76 (hotel sevilla barakat) berniat ihram haji (sembahyang sunat ihram) dan berangkat pada waktu mlm ke padang arafah untuk mengerjakan wuquf di padang arafah .... (walaupun ade sebahagian dr jemaah haji yang lain - dr pelbagai maktab .. bertolak lebih awal dr kami..) .. kami berwuquf di padang arafah dr terbit fajar hingga terbenam matahari .. (aktiviti yang dijalan oleh jemaah haji ketika ini ialah berzikir, berdoa, berselawat, membaca al-quran dan sebagainya..) di sini juga jemaah haji dari pelbagai pelusuk dunia, diperdengarkan khutbah arafah ....

Gambaran ketika wukuf di Padang Arafah












seusai berwukuf di Padang Arafah, jemaah haji bergerak ke mudzalifah .... di sini jemaah haji hanya mabit (berehat sebentar) ... bila tiba disini .. jemaah haji amatlah digalakkan berdoa (doa ketika berada dimudzalifah - selepas menjalankan wuquf di Arafah) ... juga mengutip batu2 kecil untuk aktiviti melontar jamrah .....

Gambaran ketika Mabit di Mudzalifah


 

selepas selesai aktiviti mabit di Mudzalifah ... jemaah haji bergerak pula ke Mina untuk bermalam selama 3 malam ... di mina juga aktiviti amal ibadat yang lebih banyak di lakukan ... pada permulaan (hari pertama) jemaah haji hanya melontar 7 batu untuk satu jamrah (jamrah aqabah).... kemudian aktiviti sembelihan dan juga tahlul awal dilakukan .... (alhamdulillah larangan awal ihram sudah kami lepasi - syukran) ... tinggal larangan ihram yg berbaki saje .... kemudian kami habiskan baki dua hari lagi dengan melontar ketiga2 jamrah ... Jamrah Al-Aqabah kemudian Jamrah Al-Ula dan Jamrah Al-Wusta ... dimana ni dugaan nye hanya kami kena berjalan sejauh tiga kilometer dr maktab ke tempat melontar .. kalau aku tak kisah la .. tp aku kesian kan mak .. kena jalan jauh .. mmg kesian kat mak .. sib baik ade tongkat n bahu aku .. bleh la mak aku bergantung ....

 Gambaran Ketika di Mina

 

 


selepas bermalam di Mina .. jemaah kembali semula ke Mekah untuk melakukan Tawaf Haji dan Saei Haji .. selesai semuanya barulah di kira Hajinya lengkap .... Alhamdulillah .. aku dan mak selesai melakukan segala urusan berkaitan Haji pada keesokan harinya setelah bertahlul akhir ... tp kejadian yang tak bleh lupa adelah ketika balik dr mina ... kami berhadapan dengan hujan yang amat lebat ... kami merasa la banjir ketika di Mekah .. itulah ujian dr ALLAH ....

Gambaran Ketika Banjir di Mekah

 

kemudian kami terus menginap di Maktab 76 (Hotel Sevilla Barakat) ... selama lebih kurang 2 minggu sementara menunggu masa utk jemaah haji KT 78 berangkat ke Madinah.... dalam masa dua minggu ini kami melakukan umrah (dptlah dlm 6 kali umrah .. Alhamdulillah) ... tak leh kerap sangat melakukan umrah ... kerana keadaan kaki mak yg tak mengizinkan .... di samping itu ... kami juga mengadakan lawatan ke ladang unta .. tempat membuat kelambu Kaabah dan lain2 tempat di Tanah Haram ... juga ke Masjid Hudaibiyah .. tempat bermiqat Umrah selain Tana'im ... sempat juga merasa KFC hehehhe ...

 

kemudian pada 10 Disember 2010 .. kami Jemaah Haji Maktab 76 KT78, melakukan tawaf wida' sebelum sembahyang subuh .. tawaf wida' adelah tawaf selamat tinggal ... mmg sedih rase ketika ini .. kerana akan meninggalkan bumi Mekah ... aku terus cekalkan hati sambil berniat 'jika ade rezeki aku akan kembali ke sini lagi' ... belum puas aku merasa nikmat hidup di Tanah Haram ..

seusai sembahyang subuh di hotel .... kami semua berangkat meninggal Tanah Haram Mekah untuk bergerak ke Madinah ... perjalanan dengan bas mengambil masa 8 jam .... lama kan ... dalam perjalan .. kami menikmati keindahan bumi Haram ciptaan ALLAH SWT .. sungguh menakjubkan .... walaupun hanya padang pasir n berbukit bukau .. adekala berbukit batu ... ia satu pemandangan yg tak dpt utk digambarkan dengan kata2 ...

Kami sampai di hotel penginapan ketika Asar hampir melabuhkan waktu untuk memberi laluan kepada waktu maghrib ... alhamduliilah kami menginap di Hotel Al-Haram (terlalu dekat dengan Masjid Nabawi) ... boleh dikatakan lokasi hotel adelah melalui pintu belakang masjid .. tempat solat jemaah wanita ... di Al-haram ni kami duduk berlima .. aku dan emak ... kak rusni dan ibu mertua nya yang dibahasakan Mek ... serta seorang kenalan baru .. juga kami panggil mek .. meka bertiga berasal dr Kelantan ...

kami memulakan solat di Masjid Nabawi pada waktu maghrib .. pertama kali menjejakkan kaki ke masjid Nabawi ... aku terpegun dengan seni bina dan ukir masjid .. begitu indah dan terpelihara .... tp sayang suasana dalam Masjid Nabawi tak boleh ku ambil kerana undang2 nya terlalu ketat .. tidak membenar merakam apa2 ....

keesokan harinya ... kami dibawa melawat sekitar Masjid Nabawi oleh petugas Tabung Haji .. kami dibawa ke Makam Nabi dan para sahabat baginda .. (perkuburan Baqi') ... kami juga di bawa ke dalam Raudhah (salah satu taman syurga .. alhamdulillah) ... satu perasan yang bercampur baur ketika berada dan menunaikan solat di dalam Raudhah .... (dapat lah dalam empat kali memasuki Raudhah) ..

sepanjang di Madinah ini .. aku berjumpa dengan Kak Lat n Kak Padiah - member satu UM ... hehehhe .. alhamdulillah .. berjumpa kita di bumi Madinah .... :)

kami juga melakukan lawatan ketika berada di Madinah .. antaranya .. ladang unta (ladang unta ni pelik sikit kerana ade unta warna putih susu .. hehehhe) .. kemudian ke kilang membuat al-quran .. kami juga ke bukit magnet - disini kereta bergerak sendri tanpa gear .... tarikan graviti di bukit magnet ni sgt tinggi ... kami juga di bawa melawat masjid qiblatain (masjid dua kiblat) ... dimana di masjid ini lah Nabi Muhammad SAW mendapat wahyu ketika Rasulullah SAW sedang melakukan solat dzuhur (riwayat lain menyebutkan solat asar) berjamaah di Masjid Qiblatain, mendadak turun wahyu (Q.S. Al-Bagarah:144) yang memerintahkan mengubah arah kiblat dari Masjidil Aqsa di Palestina (utara) ke Ka'bah di Masjidil Haram di Mekkah (kiblat umat islam sekarang) .. dan juga melawat ladang dan pasar kurma ....

kami para jemaah Haji penerbangan KT 78 Maktab 76 .. berangkat meninggalkan Bumi Madinah untuk pulang ke Malaysia pada 19 Dis 2010 ...