Thursday, November 15, 2012

15.11.2012

baru td lepas gian ngan sepupuku mastura serta pengantin (amy n zara) kami berkaraoke heheehhee kelakar la ... tp best .. lepas je karaoke kami beli makanan cucuk2 heheheh .. kegemaranku .. :D

pastu balik pun dah pukul 10.40pm (lebih kurang la) .. ingatkan dpt la tgk cite adam hawa (astrokan - leh la rekod) .. tp kesudahan nya .. hampeh ... entah mana rekodnya .. td sebelum g karok tgk dah rekod .. tp balik tak de .. :(

tak pe .. sib baik ade ulangan .. hehehhehe

Tuesday, November 13, 2012

oh my english ...

today i receive an email from BSM, UM.. i had to go to English class ... herrmm .. it must be bored time ... hahahahha .. but for the first n second week i have to absence the class because i have a vacation trip with my beloved family .. hahahahahah tak pasal2 kena absence kan .. blurp ...

i have to attend advance class uallsss .. ko ada ... hehehehe ... :P




ok2 .. this is my latter to my english class instructor (en. farril) n cc to BSM .. - ok ke ... hahahah



En. Farril
Instructor class (Group 3)
Class for Certificate of Proficiency in English Language Course
Session 2012/2013,
Language Unit,
Faculty of Languages and Linguistic


ENGLISH CLASS ABSENCE.

I respectfully refer to the above matter.

I hereby would like to inform you that I could not attend the English class at:
23 November 2012 - Friday
30 November 2012 – Friday
4 December and 7 December - Tuesday and Friday
 This is because I was on vacation at that time. For the record, I already applied for leave in June 2012.

For information and further action on your part.


Regards,
Suryani Othman
03-79677205
N17(Academy Of Malay Studies)

  
c.c -     En. Sheikh Azmir bin Omar
Pegawai Tadbir (
Unit Latihan)
Bahagian Sumber Manusia

Sunday, November 11, 2012

terima ahli keluarga baru

herm .. 10.11.12 .. keluarga ku terima ahli keluarga baru .. adik aku (amy) nikah .. alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar ... zara n amy sudah selamat bergelar suami n isteri .. sabtu (17.11.12) kenduri pihak pengantin lelaki lak .. bz sikit la dlm dua tiga minggu ni .. heheheh .. semoga semuanya berjln lancar ...



ni gambar sebelum ke masjid utk bernikah .. :D
gambar-gambar lain belum sempat nak up-load lg ye .. hehehehe

Thursday, November 1, 2012

RINDU LA PULAK ...

tetiba .. perasaan ini yang bersarang dlm benak hati .. mau idak .. semalam kan .. aku tertinggal beg duit n segala mak nenek yang berkaitan dlm beg duit .. aku mmg tak perasan .. paling best time kat tol DUKE bile nak p kat kaunter tol utk byr duit tu time tu la baru perasan .. sib baik ade TnG .. hermm . terus teringat kat insan yang bergelar ayah .. kalau dulu tertinggal .. Ayah sanggup hantar beg duit tu ke opis .. takut pepe terjadi so IC n Lesen ade ..... pastu kalau duit tak de, pernah la aku tunggu kat kaki jalan tol n ayah antarkan duit utk aku lepas tol (time tu tak pakai TnG lg) ... terus aku sebak wwweeeiii .. hhuaaa .. :( .. sob sob .. kini semua TINGGAL KENANGAN ... nak minta tlg yg lain memasing nak p ke tmpt koje yg berlainan .. herm .. nak wat cam ner kan .. sedih plus sebak plus teringat je la yg bleh .. heerrmmm .. Al-Fatihah utk ayah tersyg ...

semoga Ayah damai di Sana .. amin ...

Monday, October 29, 2012

Bulan BZ

wah2 .. bulan bz sudah mali .. bulan 11 2012 .. adik aku kahwin (amy).. nikah nye 10/11/2012 .. pastu sanding pihak lelaki (kami la tu) pada 17/11/2012 .. so pephm la bz nye cam ne .. dah la bibik brenti lak ... oh ya .. lupa nak cita .. famili aku ni ade bibik .. bibik ni la yg tolong mak aku .. bantu mak apa2 yg patut untuk tgk2 anak angah n wat koje umah ... so ringan la sikit utk mak aku .. tp awal bulan sepuluh ari tu die brenti pasal nak balik lik medan kerana anaknye sakit .. so kena la carik bibik baru .. dah la time bz lak ni ... insyaAllah ade rezeki dpt la bibik dlm waktu terdekat ni .. so far mak aku ok je .. walau pun tak de bibik .. sebab skang ni tunggu aku balik baru wat koje umah .. yang lain masak ke ape ke mak aku kira tak wat la .. tgk cucu nye je wat masa ni ...

pada 30hb okt ni bday abg ipar sulung (abg man) .. esok 31 hb okt bday mak lak .. 1 hb nov lak bday angah .. berderet2 sih .. hehehehhe .. Happy Bday la semua nye .. :D


ok la .. bye2 wat masa ni .. hahahhaha

Doa Menjadi Hamba Yg Bersyukur


Lama x up date ..

dah lama rasanye x mengarut dlm blog sendrik .. hehehhe ye la .. mood utk itu tak de ... nak cite ape ye ... byk sgt benda nak diceritakan .. btw .. selamat hari raya aidilfitri dan aidiladha... dua sekali ... hehehhe maklumlah tak sempat nak menulis ... sekali wish utk dua2 sekali ... buat pertama kalinya kedua2 perayaan ni aku n famili sambut tanpa insan tersayang yang ku panggil ayah .. sedih dan sgt terasa ketiadaan ayah .. :(


alhamdulillah dpt gak poser enam thn ni ..


Ni gambar time raya Aidilfitri ... 2012


oh ya pada 18/09/2012 my bday .. hehehe tq kepada yg bg hadiah n siap belanja mkn ni lg .. heheheh

 tq kak ct n kak yah .. :D










Ni lak gambar time raya Aidiladha ... 2012



sebelum raya haji aku g bercuti ke Ho Chi Minh City (Vietnam) .. best .. giler shoping kejap .. rase semua nak beli ... hahahhaha



nak lebih gambar sila lah ke bhgn My Vacation .. ceewwwaahhh .. heheheh

Tuesday, July 31, 2012

Roh di Bulan Ramadhan


Menurut satu hadith Rasulullah.. menceritakan apabila tiba bulan Ramadhan, semua roh berkumpul di Luh Mahfuz memohon kepada Allah S.W.T untuk kembali ke bumi. Ada roh yang dibenarkan pulang ke bumi dan ada yang tidak dibenarkan.Roh yang dibenarkan pulang adalah kerana amalan baik mereka semasa hayat mereka ataupun ada penjamin-penjamin yang mendoakan mereka. Manakala roh-roh yang tidak dibenarkan pulang disebabkan kesalahan mereka semasa hayat mereka akan terus di penjara di Luh Mahfuz.


Apabila roh dibenarkan pulang, perkara pertama yang mereka lakukan adalah pergi ke tanah perkuburan untuk melihat jasad mereka. Kemudian mereka akan pergi ke rumah anak2 mereka, orang yang mendapat harta pusaka mereka dan ke rumah orang yang mendoakan mereka dengan harapan orang yang mereka lawati itu memberi hadiah untuk bekalan mereka.Perkara ini akan berlarutan sehinggala tibanya Hari Raya Aidilfitri. Pada saat ini mereka akan mengucapkan selamat tinggal kepada jasad dan pulang semula ke Luh Mahfuz dengan bekalan yang diberikan oleh mereka2 yang masih hidup.

Di sini ustaz memberitahu hikmah adanya alam kubur. Alam kubur membuktikan bahawa Allah itu Maha Penyayang. Orang yang melakukan kesalahan semasa hayatnya boleh dibantu dengan doa orang2 yang masih hidup. Alangkah bahagianya jika seseorang yang telah meninggal dunia masih mendapat bekalan dari orang-orang yang masih hidup.

Oleh itu wahai sahabatku, jangan biarkan orang-orang yang kita sayang, yang mengadap Allah terlebih dulu daripada kita sepi tanpa doa dan sedekah daripada kita. Sesungguhnya apabila mati seseorang anak adam itu, terputus ia semua hal kecuali 3 perkara iaitu doa anak2 yang soleh, ilmu yang bermanfaat dan sedekah amal jariah. Sebarkan e-mail dakwah ini kepada seberapa ramai orang terdekat anda, dan mintalah mereka untuk melakukan hal yang sama. Ini bukanlah ancaman surat berantai. Yang jelas jika anda tidak meneruskan e-mail ini, maka anda telah melepaskan kesempatan untuk saling menasihati dalam kebenaran dan beramal soleh. Jika anda melakukan dengan ikhlas insya Allah anda akan mendapat ganjaran pahala kebaikan dari Allah.  Mari berlumba dalam kebaikan.

Monday, July 23, 2012

UBAT HATI



Diari Seorang Muslim


NIAT


HIJAB




Buat mereka yang bergelar Wanita

1. Bulu kening – Menurut Bukhari, Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening – Petikan dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.

2. Kaki (tumit kaki) semacam hantu loceng – Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan – Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31. Keterangan : Menampakkan kaki dan menghayunkan/ melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng…sama juga seperti pelacur dizaman jahiliyah ….

3. Wangian – Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang berserombong kapal kata orang sekarang hidong belang – Petikan dari Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.

4. Dada – Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka – Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.

5. Gigi – Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya – Petikan dari Hadis Riwayat At-Thabrani, Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah – Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.

6. Muka dan leher – Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu. Keterangan : Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.

7. Muka dan Tangan – Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecu ali pergelangan tangan dan wajah saja – Petikan dari Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari.

8. Tangan – Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya – Petikan dari Hadis Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.

9. Mata – Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya – Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.
Sabda Nabi Muhamad SAW, Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram – Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.

10. Mulut (suara) – Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik – Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 32. Sabda SAW, Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi – Petikan dari Hadis Riwayat Ibn Majah.
11. Kemaluan – Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka – Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.
Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam Syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya – Hadis Riwayat Riwayat Al Bazzar.
Tiada seorang perempuanpun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah – Petikan dari Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.

12. Pakaian – Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata , maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti – Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu D , An Nasaii dan Ibn Majah.
Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 59. Bermaksud : Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah diken ali . Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang.
Sesungguhnya sebilangan ahli Neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk Syurga dan tidak akan mencium baunya – Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim. Keterangan : Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu.

13. Rambut – Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam Neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya – Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.

Dipetik dari : http://peribadirasulullah.wordpress.com/2012/05/04/13-aurat-pada-wanita/



Wednesday, July 18, 2012

Preparing for Ramadhan


sekilas pandang mengenai puasa


Ramadhan Al-Mubarak









Selamat Berpuasa













































Ramadhan bulan yg berkat,bulan rahmat bulan utama pahala digandakan,doa diterima bulan Lailatul Qadar yg istimewa. Jika trgores luka dlm tawa,trsinggung rasa dlm brbicara,mari kita sambut Ramadhan dgn hati yg bersih & suci smoga smua dosa kita diampuni.

Ramadhan AlMubarak datang lagi... Kali ini mungkin ada dikalangan kaum keluarga, jiran tetangga, atau rakan kita, tidak lagi bersama kita menjalani ibadah puasa dan bertarawih kerna pulang ke Rahmatullah... Ramadhan kali ni mmg sedih bgku kerana pertama kali berpuasa tanpa Ayah tersayang..
terfikir diminda mungkinkah ramadhan ini yang terakhir buat kita? Jom kita jadikan Ramadhan ini, Ramadhan yang paling sempurna kita raikan dengan amal dan ibadat.

Ramadan (b. Arab: رمضان, transliterasi: Ramaḍān, terjemahan harfiah: "panas terik") (biasa digelar "Ramadan Al-Mubarak") adalah merupakan bulan yang ke-9 dan bulan paling suci di dalam kalendar Islam. Seperti bulan Islam lain, bulan ini mempunyai 29 atau 30 hari. Pada bulan ini umat Islam ini diwajibkan berpuasa seperti yang termaktub dalam al-Qur'an yang bermaksud:

Ramadan, yang di dalamnya diturunkan al-Qur'an sebagai petunjuk bagi manusia dan keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan (antara yang benar dan salah). Oleh itu, barangsiapa di antara kamu hadir di bulan itu, maka hendaklah dia berpuasa pada bulan itu...
-surah Al-Baqarah, ayat 185

Bulan Ramadan merupakan masa untuk umat Islam berfikir dan merenung diri sendiri, bersolat, membuat kebajikan dan meluangkan masa dengan keluarga serta sahabat handai. Diharapkan dengan berpuasa dari fajar hingga senja umat Islam akan dapat mempertingkatkan disiplin diri dan menjadi pemurah, dengan mengingati kesusahan hidup sebahagian manusia yang miskin papa. Ramadan berasal dari kata akar رﻣض , yang bererti panas yang menyengat atau kekeringan, khususnya pada tanah. Dari kata akar tersebut kata Ramadan digunakan untuk menunjukkan adanya sensasi panas ketika seseorang itu kehausan. Pendapat lain mengatakan bahwa kata Ramadan digunakan kerana pada bulan itu dosa-dosa dihapuskan oleh perbuatan baik sebagaimana matahari membakar tanah. Hal ini dikiaskan dengan umat Islam yang mengambil kesempatan Ramadan untuk serius mencairkan, memuhasabah diri dan memperbaharui kekuatan jasmani, rohani dan tingkah lakunya, sebagaimana panas mewakili sesuatu yang dapat mencairkan bahan. Penentuan awal ramadhan

Takwim Hijrah didasarkan pada orbit bulan mengelilingi bumi dan awal setiap bulan ditetapkan saat terjadinya hilal (bulan sabit). Kaedah penentuan saat terjadinya hilal yang digunakan ketika ini ada dua, iaitu kaedah penglihatan dengan mata kasar ("rukyah") dan kaedah perhitungan astronomi ("hisab"). Sesetengah negara menggunakan rukyah sahaja manakala sesetengah yang lain menggunakan nisab sahaja [3]. Dunia Melayu amnya menggunakan kedua-dua kaedah sekaligus [4].

LAILATUL QADAR

Lailatul Qadar (malam ketetapan), adalah satu malam yang khusus terjadi di bulan Ramadan. Malam ini dikatakan dalam al-Qur'an pada surah Al-Qadr, lebih baik daripada seribu bulan [7]. Saat pasti berlangsungnya malam ini tidak diketahui namun menurut beberapa riwayat, malam ini jatuh pada 10 malam terakhir pada bulan Ramadan, tepatnya pada salah satu malam ganjil yakni malam ke-21, 23, 25, 27 atau ke-29. Malah ada sebahagian ulama yang menganggap ianya berlaku pada malam genap seperti malam 24 Ramadan. Walaubagaimanapun, antara hikmah malam ini dirahsiakan agar umat Islam rajin beribadat di sepanjang malam khususnya di sepuluh malam yang terakhir. Sebahagian Muslim biasanya berusaha tidak melewatkan malam ini dengan menjaga diri agar berjaga pada malam-malam terakhir Ramadan sambil beribadah sepanjang malam.




This is life ...