Tuesday, June 14, 2016

Hukum Bayar Zakat Guna SMS Atau Online Sah Atau Tidak

Assalamualaikum,
dah lama x post kat sini .. hehehe .. selamat berpuasa .. sempena bulan pose ni ... saya kongsikan ini .. semoga info ini berguna .. :)
Disini saya copy n paste dari sumber internet 
http://ezany-kun.com/hukum-bayar-zakat-guna-sms-atau-online-sah-atau-tidak/
berkenaan dengan bayaran zakat fitrah menggunakan medium sms mahupun online .. alhamdulillah dengan penjelasan ini .. semoga kemudahan n kecanggihan sedia ada ni digunakan sebaiknya .. Wallahua’lam. .. yang baik dan yang menentukan Allah, kita hanya merancang .. semoga niat kita diterima ... ISLAM ITU INDAH DAN MUDAH DIIKUTI .. I LOVE ISLAM .. :) 

Saya agak terkejut apabila mendapat tahu, zakat boleh dilunaskan melalui Sistem Pesanan Ringkas (SMS) bahkan melalui bayaran atas talian (on-line) di internet. Saya musykil akan hukumnya, kerana tiada lafaz akad dilakukan?
Sebenarnya inilah bukti Islam adalah agama yang meraikan perubahan. Inilah manifestasi fleksibeliti Islam. Inovasi dan teknologi sebenarnya membantu perlaksanaan ibadah agar menjadi lebih mudah.
Di dalam amalan berzakat, ramai juga umat Islam yang terkeliru. Adakah akad iaitu lafaz niat dan lafaz terima itu satu kewajipan?
Hakikatnya, zakat adalah ibadah wajib yang tidak mensyaratkan akad sebagai syarat sah. Ia bukanlah amalan harus, seperti pernikahan yang mewajibkan ijab dan Kabul (akad nikah). Maka, hukum akad dalam amalan zakat adalah sunat sahaja.
Zakat seseorang sah di sisi syariat apabila berlaku dua perkara, iaitu niat berzakat dan pemindahan harta zakat. Maka, apabila berzakat menerusi medium seperti di atas, niat sudah berlaku dan pemindahan pegangan harta (wang) juga telah berlaku. Maka, sahlah zakat tersebut. Wallahua’lam.
Apakah hukumnya membayar zakat dengan pelbagai kaedah terbaharu pada hari ini, misalnya dengan kad kredit, perbankan internet dan SMS?
Jawapan: Allah SWT menyatakan di dalam al-Quran: “Allah menghendaki kemudahan bagi kamu, dan tidak menghendaki kesukaran bagi kamu,” (al-Baqarah: 185). Manakala di dalam kaedah dakwah Islam, ada suatu kaedah yang berbunyi “mudahkan jangan kamu payahkan.”
Berbalik kepada persoalan di atas. Menunaikan zakat adalah kewajipan dan berdosa hukumnya jika ia dilalaikan. Maka, institusi zakat seperti Lembaga Zakat Selangor yang dilantik oleh pemerintah Islam hendaklah berusaha agar kewajipan itu mudah untuk dilaksanakan oleh semua orang. Apabila mudah ditunaikan, maka kewajipan umat Islam akan terjaga dan ia memberikan kesan yang baik kepada pihak pembayar zakat (muzakki) mahu pun pihak penerima zakat (mustahiq).
Iktibar memberikan kemudahan dalam urusan zakat dapat disandarkan kepada amalan pada zaman dahulu. Misalnya, rasulullah SAW telah melantik ramai daripada kalangan sahabat baginda sebagai amil. Tujuannya, supaya mereka dapat mendekati lebih ramai umat Islam dan memudahkan urusan zakat ditunaikan. Bahkan pada zaman Umar bin al-Khattab r.a misalnya, baginda melantik amil berjawatan tetap yang ditugaskan bukan sekadar mengutip zakat, bahkan menolong para muzakki menaksir berapakah jumlah zakat daripada harta mereka.
Pada zaman Saiyidina Uthman bin Affan r.a menjadi khalifah pula, Uthman antara lain memberikan keizinan agar harta yang mahu dikeluarkan zakat itu boleh ditukar ganti dengan nilaian wang. Uthman berijtihad demikian demi mengelakkan harta zakat seperti buah-buahan menjadi rosak jika sudah lama disimpan di dalam Baitul Mal.
Maka, pada hari ini perkembangan dalam sektor kewangan dan transaksi sudah begitu meluas. Pelbagai inovasi sudah dan akan terus diterokai oleh umat manusia. Ia termasuklah dengan kewujudan internet, kad kredit, mesin bayaran tanpa tunai, SMS dan sebagainya lagi yang memungkinkan transaksi tanpa bersemuka dapat dijalankan semudah A, B dan C. Semuanya cukup hanya dengan menekan butang demi butang lalu memasukkan angka dan semuanya sudah terlaksana.
Oleh itu, Islam sebagai agama yang meraikan perubahan tidak rigid dalam menerima pembaharuan seperti ini. Bahkan Islam memanfaatkannya agar ia dapat memberikan kemudahan kepada penganutnya. Sungguh pun inovasi ini mungkin dicipta oleh orang bukan Islam, namun selagi ia tidak bertentangan dengan kaedah syarak dan hukum Islam, maka ia dapat diterima untuk diamalkan. Samalah seperti mana kerajaan Islam pada zaman Bani Abbasiyyah yang menerima kemasukan pengaruh kerajaan Parsi yang sudah maju dalam membangunkan wilayah Islam.
Kesimpulannya, menunaikan zakat dengan pelbagai kaedah baharu ini tidaklah menjadi suatu kesalahan di sisi Islam. Ia adalah sah bahkan memudahkan urusan dengan syarat, hendaklah dipatuhi segala rukun zakatnya, iaitu niat dan berlakunya perpindahan harta zakat daripada muzakki kepada mustahiq. Wallahua’lam.
Sebarang kemusykilan zakat sila e-mailkan kepada hamizul@e-zakat.com.my atau layari www.e-zakat.com.my
Hukum Zakat Fitrah Melalui Sistem Pesanan Ringkas (SMS)
Zakat
Tarikh Keputusan: 13 Jul, 2010
Keputusan:
Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Negeri Pahang telah bersidang pada 5-6 Julai 2010 telah membincangkan hukum zakat fitrah melalui sistem pesanan ringkas (sms) dan mesyuarat bersetuju memutuskan hukum zakat fitrah melalui sistem pesana ringkas (sms) ini boleh digunakan.

Tuesday, January 19, 2016

UJIAN DARAH

ia dilakukan untuk mengetahui kiraan darah keseluruhan, paras gula (glukosa), kandungan lipid (kolesterol), fungsi hati dan buah pinggang.



a. Kiraan Darah Keseluruhan

Dalam ujian ini, tiga perkara diukur iaitu kiraan sel darah merah, sel darah putih dan platelet. Ujian ini penting untuk mengetahui kiraan sel darah merah (terutama hemoglobin) yang berfungsi membawa oksigen ke seluruh organ dan badan.

Ia juga penting kerana ramai orang, terutama wanita yang mengalami masalah anemia (kurang sel darah merah), tidak menyedarinya. Bagi individu anemia, keadaan boleh menjadi lebih buruk jika mereka tidak mendapat makanan berkhasiat dan ketika haid.

Pada masa sama, kiraan sel darah putih juga dilakukan. Sel darah putih sangat penting. Ia sistem perlindungan badan untuk melawan jangkitan dan penyakit. Manakala platelet pula berfungsi membantu proses pembekuan darah.

Jika kiraan sel darah merah tinggi, bermakna seseorang itu mengalami jangkitan bakteria dan jika jumlahnya rendah, ia menandakan individu berkenaan mendapat jangkitan virus. Biasanya pesakit yang diserang demam denggi menunjukkan paras platelet yang rendah.



b. Paras gula (glukos)

Untuk ujian ini anda perlu berpuasa selama 10 jam bermula dari jam 10 malam. Paras gula dalam darah yang normal ialah kurang daripada 5.6 milimol/liter. Jika keputusan anda menunjukkan lebih 7 milimol/liter, ia menandakan anda menghidap kencing manis.

Paras antara 5.6 hingga 6.9 menunjukkan seseorang itu berisiko dan berpotensi mendapat kencing manis dalam masa terdekat jika langkah penjagaan tidak diambil segera.

Bagaimanapun, ada juga ujian glukos yang dilakukan secara rawak iaitu tidak perlu berpuasa. Untuk keadaan begini, paras yang normal ialah kurang daripada 7.8 milimol/liter dan anda dikategorikan sebagai penghidap kencing manis jika melebihi 11 milimol/liter.



c. Profil kolesterol

Ujian ini juga memerlukan anda berpuasa 10 jam. Empat perkara diukur dalam ujian ini iaitu:

Paras kolesterol keseluruhan — mesti kurang daripada 5.2 milimol/liter. Bagaimanapun, menurut Dr Abdul Malik, ukuran ini tidak penting kerana ia mencampurkan ukuran paras kolesterol baik (HDL) dan buruk (LDL).

Jika paras HDL dan LDL sama-sama tinggi, ukuran keseluruhan kolesterol akan menjadi tinggi. Sebaliknya jika paras HDL tinggi, LDL sederhana — ia juga boleh memberi bacaan yang tinggi. Justeru, kita perlu melihat kepada pecahan ukuran kolesterol seseorang.

Paras HDL yang normal ialah lebih 1.3 milimol/liter (bagi lelaki) dan 1 milimol/liter bagi wanita.

Paras LDL pula sedikit berbeza mengikut tahap kesihatan seseorang. Bagi individu normal, paras LDL mesti kurang daripada 3.4 milimol/liter. Jika seseorang itu menghidap kencing manis, tahap LDL normal ialah kurang daripada 2.6 milimol/liter.

Jika dia menghidap kencing manis dan mempunyai masalah jantung (termasuk pernah mengalami serangan jantung, menjalani angioplasti atau pembedahan pintasan jantung), paras LDL mesti kurang daripada 1.8 milimol/liter.

Ukuran trigeliserida (kolesterol jenis minyak) yang normal pula perlu kurang daripada 1.7 milimol/liter. Untuk penentuan tahap trigliserida ini, seseorang itu perlu berpuasa kerana parasnya akan berubah menjadi tinggi jika banyak makanan makanan berlemak. Ini sebabnya kita tidak digalakkan menjalani ujian ini jika anda banyak menghadiri kenduri.



d. Ujian fungsi hati

Antara perkara yang diperhatikan dalam ujian ini ialah paras protein (albumin), bilirubin dan beberapa enzim hati seperti ALT, AST dan GGT. Paras bilirubin diukur untuk mengetahui seseorang itu mempunyai cukup ‘bahan’ untuk menghasilkan sel darah baru.

Paras enzim hati akan meningkat jika seseorang itu mengalami jangkitan virus Hepatitis A, B dan C; minum banyak minuman beralkohol, pengambilan ubat dan masalah hati berlemak.

“Masalah hati berlemak perlu diberi perhatian serius kerana ia boleh menyebabkan kerosakan hati. Empat faktor boleh menyebabkan masalah hati berlemak iaitu kencing manis, tekanan darah tinggi, paras kolesterol tinggi dan berlebihan berat badan atau obesiti.

“Ia menjadi masalah di seluruh dunia, termasuk di negara kita, dengan peningkatan jumlah penduduk yang gemuk dan terlalu gemuk, termasuk di kalangan kanak-kanak.

“Masalahnya, ramai tidak menyedari kerana ia tidak mempunyai gejala. Namun kita boleh membuat andaian seseorang itu ada masalah ini jika dia gemuk atau terlalu gemuk,” kata Dr Abdul Malik.



e. Fungsi buah pinggang (Profil renal)

Ukuran elektrolit (garam galian darah) seperti sodium, potassium, klorida, kalsium dan fosfat akan diambil. Ia untuk menentukan seseorang itu mempunyai cukup garam galian dalam badan.

Ujian ini juga menguji kehadiran urea dan kreatinin untuk mengetahui fungsi penapisan yang dilakukan buah pinggang. Tahap kreatinin yang normal ialah antara 110 hingga 130 milimol/liter iaitu 110 milimol/liter bagi wanita dan 130 milimol/liter (lelaki). Seseorang itu perlu menjalani dialisis jika paras kreatinin berada antara 800 hingga 900 milimol/liter.

Jika paras kreatinin melebihi 130 milimol/liter, bermakna dua pertiga (67 peratus) fungsi buah pinggang sudah rosak. Secara semula jadi, fungsi buah pinggang merosot dengan peningkatan umur. Maknanya semakin tua, paras kreatinin bertambah.

“Kemerosotan buah pinggang adalah perkara serius kerana peningkatan paras kreatinin daripada 130 ke 800 milimol/liter boleh berlaku dalam masa singkat. Tanpa penjagaan rapi, dalam masa beberapa tahun kerosakan buah pinggang sepenuhnya boleh berlaku.

“Dua punca boleh menyebabkan kerosakan buah pinggang iaitu kencing manis dan tekanan darah tinggi. Hampir 90 peratus kerosakan buah pinggang disebabkan dua penyakit ini, manakala 10 peratus lagi berpunca daripada masalah buah pinggang itu sendiri,” katanya.



UJIAN AIR KENCING 

Ujian air kencing untuk menentukan penyakit kencing manis adalah sangat tidak tepat. Sebaliknya, ujian air kencing digunakan bagi mengukur tiga elemen iaitu:



a. Kehadiran protein (albumin) yang menandakan penyakit atau kerosakan buah pinggang. Kehadiran protein menunjukkan buah pinggang seseorang itu menjalani proses kerosakan yang berterusan.



b. Kehadiran darah dalam air kencing. Ia memberi petanda seseorang itu mempunyai masalah batu karang, penyakit atau kanser buah pinggang atau kanser pada saluran kencing. Kadangkala penyelidik boleh mengesan kehadiran kristal dalam air kencing yang menandakan jenis batu karang dihidapi pesakit.



c. Seseorang itu mengalami jangkitan saluran kencing jika air kencingnya berdasarkan kiraan sel darah merah dan nilai asid nitrik.



UJIAN TEKANAN 

Ia terbahagi kepada ukuran elektrokardiogram (ECG) ketika rehat, ECG bersenam dan ujian sinar-x dada. ECG bertujuan mengesan degupan jantung yang tidak normal. ECG bersenam dilakukan untuk mengesan jika ada berlaku kekurangan bekalan darah ke jantung atau aliran darah tersekat pada arteri koronari (iaitu saluran darah yang membawa darah ke jantung).

Jika keputusan tidak normal, pesakit dinasihatkan menjalani ujian lanjutan, sama ada imbasan CT atau angiogram bagi mengetahui masalah sebenar.

Manakala ujian sinar-X pula untuk melihat kehadiran penyakit pada paru-paru, jantung dan tulang rusuk. Ia juga untuk melihat ketidaknormalan bentuk dan saiz jantung; sebarang perubahan pada paru-paru, kehadiran cecair atau keradangan paru-paru.



Ujian tambahan bagi wanita

Untuk wanita, ada dua lagi ujian tambahan yang ‘wajib’ iaitu imbasan bunyi (bagi wanita di bawah 40 tahun) atau mamogram (untuk wanita melebihi 40 tahun) bagi mengesan kanser payudara. Mereka juga perlu menjalani ujian lumuran pap untuk mengesan kanser serviks.



UJIAN PENANDA KANSER 

“Ketepatan ujian ini masih diperdebatkan. Bagaimanapun, ada yang tepat terutama untuk kanser usus, pankreas, hati, uterus, prostat dan ovari. Bincang dengan doktor anda sama ada ujian saringan penanda kanser ini perlu atau tidak.

“Ramai orang takut hendak menjalani saringan kesihatan, bimbang jika keputusan menunjukkan mereka menghidap penyakit tertentu. Ini anggapan yang silap kerana jika penyakit dapat dikesan awal, peluang untuk sembuh jauh lebih baik kerana negara kita mempunyai sistem rawatan yang terbaik dan moden.

“Jika dikesan awal, kos rawatan jauh lebih murah. Jangan biarkan kebimbangan ini menjadi penghalang. Kos saringan kesihatan juga tidak mahal dan anggaplah ia pelaburan yang bermanfaat, terutama untuk mengecap kehidupan lebih baik,” katanya.

Wednesday, January 6, 2016

SEDIKIT CERITA PASAL TIRIOD


aku x tau nape ... kes nak update je pulak blog .. almaklum lame benar gue x update .. sekali update hehehehehehe ...


Tiroid ialah sejenis organ yang terletak di leher manusia dan ia berfungsi untuk mengawal pengeluaran metabolisme tubuh. Kebiasaannya kelenjar tiroid ini bertindak seperti penyaman udara iaitu ia menghasilkan hormon tiroid apabila tubuh memerlukan dan berhenti apabila ia sudah penuh di dalam darah. Penyakit tiroid terjadi apabila hormon yang dihasilkan terlebih ke dalam tubuh yang dipanggil hypertyroidism atau ia juga boleh terjadi akibat hormon dikeluarkan terlalu berkurang dan tidak mencukupi yang dikenali sebagai hypothyroidism.
Kelenjar tiroid ini boleh membengkak dan menjadi meraqh atau ia membentuk satu benjolan. Penyakit tiroid jenis hyperthyroidism adalah gejala yang kerap berlaku terutama di kalangan wanita berbanding lelaki. Oleh itu golongon yang kerap berisiko menghidapinya adalah WANITA !!!
a. Hyperthyroidism :
Ia berlaku apabila terlalu banyak hormon tiroid di dalam darah. Ia memberi kesan sepuluh kali tinggi terhadap wanita berbanding lelaki, ini boleh berlaku secara berterusan di dalam sesebuah keluarga. Tanda- tanda yang anda mungkin mengalami hyperthyroidism ialah :
*Denyutan jantung yang laju
*Sentiasa gelisah
*Timbulnya perasaan marah
*Penurunan berat badan
*Rambut gugur
*Sukar untuk tidur (insomnia)
*kurang daya tahan terhadap kepanasan
*Pusingan haid tidak teratur
*Mata menjadi besar
*Turun berat badan mendadak walau selera naik
*Cirit Birit
*Lemah tubuh badan
*Osteoporosis
b. Hypothyroidism :
Ia terjadi adalah kerana hormon tiroid terlalu sedikit di dalam darah, ini akan memperlahankan sistem tubuh badan dan selalu menyerang golongon berumur 40 tahun ke atas dan golongon yang berisiko adalah wanita. Penyebab hypothyroidism ini adalah kerana antibodi dan sel darah putih menyerang tiroid. Tanda-tanda penyakit ini ialah :
*Kurang tenaga
*Rasa sejuk
*Denyutan jantung perlahan
*Depresi
*Berat badan bertambah
*Kurang daya ingatan
*kulit kering
*Rambut gugur
*Sembelit
*beguk
*Nafsu seks turun
*Suara serak
c. Beguk
Ia adalah pembesaran atau pembengkakan kelenjar tiroid. Apabila ia berlaku menunjukkan ada masalah dengan tiroid. Kekurangan iodin boleh sebabkan beguk. Tanda-tanda beguk ialah :
*Rambut kering
*Bengkak di tengkuk
*kehilangan berat badan
*Perubahan haid
*jantung berdebar-debar
*cepat marah
*mata jadi besar
*perubahan kadar metabolisme
Dalam kes-kes teruk beguk boleh menyebabkan seseorang sukar bernafas dan menelan.
d. Kanser Tiroid :
Benjolan yang terdapat di tiroid. Lebih 90 peratus benjolan bukanlah kanser. Selalunya dapat dibuang melalui pembedahan samada dibuang semua atau sebahagian sahaja. Kanser tirid peringkat awal tidak menunjukkan sebarang kesan. Namun semasa kanser membesar, tanda-tanda kanser tiroid akan mula terasa seperti :
*benjol di bahagian depan leher
*Sukar untuk bercakap dalam suara yang normal
*Sukar menelan dan bernafas
*Rasa sakit di tekak dan leher

Aku dan Tiriod

Disebabkan aku ni adalah pesakit tiriod dan mendapat rawatan enam/lapan bulan sekali di hospital meh aku bagi sedikit explaination tentang bacaan TSH dan T4 ni.  Dulu cita-cita nak jadi doktor, tapi tak kesampaian.  

Jika bacaan TSH tinggi, maknanya kelenjar tiroid tidak aktif dan menyebabkanHypothyroidism.  Antara simptom hypo adalah; 
  • Berat badan naik
  • Kulit kering
  • Sembelit
  • Tak tahan sejuk
  • Rambut gugur
  • Kulit bengkak
  • Haid tidak teratur.
    Jika bacaan TSH rendah, maknanya kelenjar tiroid terlebih aktif dan menyebabkanHyperthyroidism.  Antara simptom hyper adalah: 
    • Denyutan jantung tinggi
    • Susut berat badan
    • Susah tidur
    • Tangan menggigil
    • Gelisah
    • Cepat letih
    • Cirit-birit
    • Peka pada cahaya, gangguan visual
    • Mata kering, gatal atau bengkak keliling mata dan boleh membonjol
      Berikut adalah kesimpulan bacaan TSH, T4 dan T3 beserta result:

      TSHT4T3Interpretation
      High     NormalNormalMild (subclinical) hypothyroidism (ITS My RESULT)
      HighLowLow or normalHypothyroidism
      Low   NormalNormalMild (subclinical) hyperthyroidism
      LowHigh or normal High or normalHyperthyroidism
      LowLow or normalLow or normal  Non-thyroidal illness; rare pituitary (secondary) hypothyroidism

      Kesimpulannya, eloklah pergi buat chek-up supaya kita tahu tahap kesihatan kita :)

      p/s:  bersyukur dengan kesihatan yang Allah berikan