Sunday, December 22, 2013

kereta oh kereta

sedih weii ... kereta ku tayar nye sudah belong .. rim tayar kena tukar ... aaahhhh geramnye .... duit kluar lg ..... hua hua hua ...

Saturday, December 21, 2013

21 dis

tarikh ni akan aku ingat sampai bila2 .. alfatihah utk arwah ayah ... akak syg ayah ... ayah sentiasa dirindui ...

Tuesday, December 10, 2013

burger fsktm

hahahaha ... kenapa ngan burger fsktm ... best tok .... sedap ... terbaik arr ... murah pun murah ... huhuhu ... bukan je burger ... lamb chop .. chiken chop .. fish n chip .. serta spegethi pun ader ... mmg ni jd tmpt or port mkn utk aku n bff ler nmpknye ... td lunch baru mkn der .... wakaka

Saturday, December 7, 2013

update

pada bulan lepas kan penghujung bln nov ... first week cuti sekolah ... aku sefamily g Sabah ... hehehe best u olls ... mementang kat sabah kan... sefood je la mknnye ..  pastu  nk gtau thn dpn aku nk ke jakarta  pd bulan satu n ho chi minh pd bulan 9 ... oh ya awal bulan sepuluh kan aku sefamily ke freser hill ... not bad tmpt nye .... btw pd bulan okt n nov meriah dgn sambutan bday.... ye la ... kan bday abg man .. pastu bday mak n bday angah ... baru2 ni 5 dec bday along lak ...  btw sebut pasal bday kan .. ari ni bday bff a.k.a wani ... happy bday semua ... hehehe

yaarrreebbaaa

hehehe ... hai korang ... dah lama tak update blog ... tp la ni dah senang sebab dah download app blogger kat hp .. so pasni update blog melalui hp je ... yeeehhhaaa .. senang sikit ...

Tuesday, November 12, 2013

Bulan Muharram




Puasa Sunat Hari Tasu’a (9) Muharram


بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

puasa hari kesembilan Muharam .
Tasu’a (تاسوعا) bermaksud “Hari Kesembilan” Muharram iaitu hari sebelum Asyura yang disarankan berpuasa oleh Rasulullah . Berpuasa pada Bulan Muharam adalah suatu amalan mulia dan amat digalakkan terutama pada Hari Tasu’a dan Hari Asyura iaitu pada hari ke 9 & 10 Muharram yang sudah pasti menjanjikan ganjaran pahala yang besar kepada sesiapa yang beribadah pada bulan ini sepertimana terdapat dalam satu hadis.

Dari Abu Hurairah r.a. katanya Rasulullah bersabda:
أَفْضَلُ الصِّيَامِ بَعْدَ رَمَضَانَ شَهْرُ اللَّهِ الْمُحَرَّمُ وَأَفْضَلُ الصَّلَاةِ بَعْدَ الْفَرِيضَةِ صَلَاةُ اللَّيْلِ.
Seafdal-afdal puasa selepas puasa Ramadhan ialah puasa pada bulan Syahrullah (bulan Allah) Muharram dan seutama-utama solat sesudah solat fardu ialah solat  malam.”   (Hadis Riwayat Muslim r.a.)
.
Sewaktu Rasulullah berhijrah ke Madinah, Baginda melihat orang-orang Yahudi berpuasa pada hari Asyura.

Rasulullah bertanya: “Berpuasa apakah kamu  ini ?” Jawab mereka, “Hari ini hari besar, pada hari ini Allah menyelamatkan Nabi Musa dan Bani Israil serta menenggelamkan Firaun dengan askar-askarnya. Maka Nabi Musa telah berpuasa sebagai tanda bersyukur kepada Allah kerana itu kami pun berpuasa.” Sabda Nabi: “Kamilah yang lebih berhak mengikut jejak Nabi Musa daripada kamu.” Dari itu Nabi berpuasa dan menyuruh sahabat-sahabatnya berpuasa pada hari itu.”    (Hadis Riwayat Muslim dan Ibnu Abbas r.a)
 .
Rasulullah bersabda: Para Nabi berpuasa pada hari Asyura, maka berpuasalah kamu.” (Musnad Baqi ibn Makhlad)
.
.

Berpuasa Hari Tasu’a Perlu Diiringi

.
Berpuasa sebaiknya didahului dengan berpuasa pada Hari Tasu’a (9 hb. Muharam) agar tidak menyerupai amalan orang Yahudi, yang hanya berpuasa pada hari Asyura sahaja.

Paling afdhal ialah berpuasa tiga hari berturut-turut iaitu pada hari ke 9, 10 dan 11 Muharram. Jika tidak berupaya, maka berpuasalah pada hari ke 9 dan 10 Muharram. Jika tidak mampu juga, maka daripada tidak beramal, bolehlah berpuasa sunat pada hari ke 10 Muharram sahaja. Tetapi sebaiknya ikutilah nasihat Baginda :
Rasulullah bersabda: “Berpuasalah kamu pada hari ke sembilan dan sepuluh Muharam dan jangan meniru cara orang-orang Yahudi.”  (Hadis Riwayat Al Baihaqi).

Sabda Rasulullah  “Puasalah kamu pada Hari ‘Asyura dan selisihilah orang-orang Yahudi padanya (maka) puasalah sehari sebelumnya dan sehari selepasnya.” (Hadis Riwayat Ahmad dan Al Baihaqy r.a.)
.
.

 Niat Puasa Sembilan Muharam

.
Niat Puasa Hari Tasu’a
.
Daripada Ibnu Abbas r.a. berkata:
عن ابن عباس رضي الله عنهما قال : حين صام رسول الله صلى الله عليه وسلم يوم عاشوراء وأمر بصيامه ، قالوا : يا رسول الله ! إنه يوم يعظمه اليهود والنصارى. فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم :” لئن بقيت إلى قابل ، لأصومن التاسع”…رواه مسلم
“Ketika Rasulullah berpuasa pada hari ‘Asyura dan Baginda menyuruh berpuasa pada hari tersebut. Para sahabat bertanya: “Wahai Rasulullah! Sesungguhnya hari ini (‘Asyura) adalah hari yang dibesarkan oleh Yahudi dan Nasara.” Maka Baginda bersabda: “Sekiranya daku masih ada pada tahun hadapan, pasti daku akan berpuasa juga pada hari sembilan (9 Muharram).”  (Hadis Riwayat Imam Muslim)
.
.

Hikmah Berpuasa Pada Hari Tasu`a


Imam al-Nawawi rahimahullah menyebutkan tentang tiga hikmah dianjurkannya siyam hari Tasu`a:

1.      Disyariatkan puasa Tasu`a bermaksud untuk menyelesihi orang Yahudi yang berpuasa hanya pada hari ke sepuluh.

2.    Adalah untuk menyambung puasa hari Asyura dengan puasa di hari lainnya, sebagaimana dilarang berpuasa pada hari Jumaat saja.  Pendapat ini disebutkan oleh al-Khathabi dan ulama-ulama lainnya.

3.    Berhati-hati dalam pelaksanaan puasa Asyura, dikhawatirkan hilal terkurang sehingga terjadi kesalahan dalam menetapkan kiraan hari ke 9 dalam penarikhan sebenar telah masuk hari kesepuluh.

Dan alasan yang paling kuat disunnahkannya puasa hari Tasu’a adalah alasan pertama, iaitu untuk menyelisihi ahli kitab. Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah rahimahullah dalam al Fatawa al-Kubra berkata, Rasulullah melarang bertasyabbuh dengan ahli kitab dalam banyak hadith.  Seperti sabda beliau tentang puasa `Asyura:
لَئِنْ عِشْتُ إلَى قَابِلٍ لاَصُومَنَّ التَّاسِعَ
 “Jika saya masih hidup di tahun depan, pasti akan berpuasa pada hari kesembilan.”
(Hadis Riwayat Muslim r.a.)
.
Ibnu Hajar rahimahullah dalam catatan beliau terhadap hadith, “Jika saya masih hidup di tahun depan, pasti akan berpuasa pada hari kesembilan”, Keinginan beliau untuk berpuasa pada hari kesembilan membawa makna agar tidak membatasi berpuasa pada hari itu saja.  Tapi menggabungkannya dengan hari ke sepuluh, baik sebagai langkah berhati-hati ataupun untuk menyelisihi orang Yahudi dan Nasrani.  Dan ini merupakan pendapat yang terkuat dan yang disebutkan oleh sebahagian riwayat Muslim.”
.
.
والله أعلم بالصواب
Wallahu A’lam Bish Shawab
 (Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)

Tuesday, July 23, 2013

15 Ramadhan

diam tak diam dah 15 ramadhan ... sekejap je .. herm rase mcm nak terus je berada dlm bulan yng penuh dgn keberkatan ini ... td time g koje dah kedengaran lagu raya .. fuh dah rase kemeriahan raya .. walaupun dlm hati (masih terasa sedih ... aku rindu saat2 bersama ayah tersyg) .. nak buat cam ner .. life must go on ... minta2 aku kuat untuk hadapi semua ni ...

oh ya .. kali ni aku sibuk lak nak memasak .. nak try wat kuih .. ala kuih simple je korang .. aku nak wat kuih batang buruk , kuih popia nestum n kuih tiram .. kan dah ckp ... semua ni kuih simple .. tak caye ?? cer tgk kat ruangan resepi ni .. sure korang pun rase actually tak susah pun nak buat .. senang bangat sih ...

pastu aku nak try wat kek batik .. senang gak kan ... heheeheh .. biasala .. akukan baru nak belajar memasak ... heheehehhe

hari ni sat lg nak p beli brg2 nak wat kuih tu .. heheeh .. mohon doakan berhasil ya .. :P


Thursday, July 18, 2013

RAMADHAN

salam,

bulan puasa kembali lg .. Alhamdulillah diberikan kesempatan utk berpuasa dan beribadat di bulan yang mulia ini .. masuk ramadhan kali ini, kali kedua aku berpuasa tanpa insan yang bergelar ayah .. terasa sgt tanpanya .. kalau dulu berpuasa dgn ayah siapkan ubat n meja mkn khas utk ayah .. tu semua dah tak der .. really miss that moment .. :( .. semoga ayah tenang di sana ..

seperti biasa puasa ni aku akan bawa mak ke Madrasah Ikhtisamiah taman melati untuk bersolat terawih seusai buke poser ... yang best nye madrasah ni tak tinggal moreh .. not bad moreh .. ade teh tarik pastu kopi then ade karipap, murtabak, roti john n so on .. hehehe meriah la ... then alhamdulillah terawih kali ni ramai .. syukur ..

..... salam .....

Tuesday, June 18, 2013

LET'S LEARN FROM JAPAN:


Read this beautiful Information about Japan

1 - Did you know that Japanese children clean their schools every day for a quarter of an hour with teachers, which led to the emergence of a Japanese generation who is modest and keen on cleanliness.

2 - Did you know that any Japanese citizen who has a dog must carry bag and special bags to pick up dog droppings. Hygiene and their eagerness to address cleanliness is part of Japanese ethics.

3 - Did you know that hygiene worker in Japan is called "health engineer" and can command salary of USD 5000 to 8000 per month, and a cleaner is subjected to written and oral tests!!

4 - Did you know that Japan does not have any natural resources, and they are exposed to hundreds of earthquakes a year but do not prevent her from becoming the second largest economy in the world? -

5 - Did you know that Hiroshima returned to what it was economically vibrant before the fall of the atomic bomb in just ten years?

6 - Did you know that Japan prevents the use of mobile in trains, restaurants and indoor

7 - Did you know that in Japan students from the first to sixth primary year must learn ethics in dealing with people -

8 - Did you know that the Japanese even though one of the richest people in the world but they do not have servants. The parents are responsible for the house and children -

9 - Did you know that there is no examination from the first to the third primary level; because the goal of education is to instill concepts and character building, not just examination and indoctrination. -

10 - Did you know that if you go to a buffet restaurant in Japan you will notice people only eat as much as they need without any waste. No wasteful food.

11 - Did you know that the rate of delayed trains in Japan is about 7 seconds per year!! They appreciate the value of time, very punctual to minutes and seconds

12 -. Did you know that children in schools brush their teeth (sterile) and clean their teeth after a meal at school; They maintain their health from an early age -

13 - Did you know that students take half an hour to finish their meals to ensure right digestion When asked about this concern, they said: These students are the future of Japan

Let's ignite the Spark at Everyspark

Untuk Renungan bersama...

JANGAN dalam
 Islam dari Ustaz Don.

- JANGAN tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki Mahal kerana berpagi-pagi itu membuka pintu Berkat.
- JANGAN makan tanpa membaca BISMILLAH dan DOA makan. Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.
- JANGAN tambah perhiasan di badan kerana Allah sudah jadikan Manusia Makhluk yang paling Sempurna
- JANGAN keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan.Takut-takut kita mati dalam perjalanan.
- JANGAN pakai sepatu atau selipar yang berlainan pasangan.Makruh dan mewarisi kepapaan.
- JANGAN biarkan Mata liar di perjalanan.. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.
- JANGAN menangguh taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa.
- JANGAN ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia kalau memang Kita bersalah.
- JANGAN mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak persahabatan Kita hilang bahagia.
- JANGAN lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja Kita. Nanti Kita sombong apabila berjaya.Kalau gagal kecewa pula.
- JANGAN bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki Kita.
- JANGAN banyak ketawa. Nanti mati jiwa.
- JANGAN biasakan berbohong, kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih orang kepada Kita.
- JANGAN suka menganiaya manusia atau haiwan.. Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.
- JANGAN terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.
- JANGAN mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN. Sebab semuanya untuk keselamatan Kita.

ALLAH lebih tahu. Wallahualam..
 

Tuesday, June 11, 2013

WAJAH BARU

salam,

heheehe .. my blog wajah baru .. sebelum ni my blog serabut .. tp lawa + cute + comel - cam tuan dier - bbuuueeekk .. hahahahah .. ni semua pasal tetiba kena serangan virus .. tak boleh nak appear my blog bile tekan - yanieothman.blogspot.com .. but right know its ok .. n ini lah hasilnye .. selepas penambahbaikan n pembetulan dilakukan .. barulah lega sikit .. heheheh ..... :P

hari ni kerja kat opis menyelesaikan pasal Latihan Industri pelajar Jabatan ... dah nk abih dah depa ni .. bulan sepuluh ni konvo lak .. good luck guys .. chill ..

bye ....

BULAN SYA'BAN

Alhamdulillah, kini kita sedang berada di bulan Sya'ban dan moga-moga Allah sampaikan kita ke bulan Ramadhan. Ameen.
Kalau di bulan Rajab, merupakan bulan yang berlaku padanya peristiwa Isra' wal Mi'raj dimana Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم menerima perintah mengerjakan sholat langsung dari Allah Azzawajalla,
maka di bulan Sya'ban pula terdapat beberapa peristiwa, diantaranya adalah:
terjadinya peristiwa terbelahnya bulan yang sebagaimana tersebut dalam al-Quran di surah al-Qomar ayat 1turunnya perintah penukaran qiblat dari Masjidilaqso ke Masjidilharam sebagaimana yang dijelaskan di dalam surah al-Baqarah ayat 144dan turunnya perintah supaya bersholawat ke atas junjungan mulia Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم, sebagaimana yang tersebut di surah al-Ahzaab ayat 56.
Allah Azzawajalla berfirman:
إِنَّ ٱللَّهَ وَمَلاَئِكَـتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى ٱلنَّبِيِّ يٰأَيُّهَا ٱلَّذِينَ آمَنُواْ صَلُّواْ عَلَيْهِ وَسَلِّمُواْ تَسْلِيماً
Ertinya: Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikatNya bersholawat keatas Nabi. Wahai orang-orang yang beriman, bersholawatlah kamu keatas Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya(surah al-Ahzaab: 56) 
Maka kerana itulah bulan Sya'ban ini dikenali sebagai Syahrussholati, kerana dibulan inlah turunnya ayat diatas. Tatkala turun ayat tersebut (ayat al-Ahzab: 56), maka shahabat bertanya kepada Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم bagaimana bersholawat kepada Baginda صلى الله عليه وآله وسلم sebagaimana tersebut di dalam beberapa riwayat, maka Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم bersabda, antaranya: Kalian ucapkanlah:
اللهم صل على محمد وعلى آل محمد كما صليت على آل إبراهيم، وبارك على محمد وعلى آل محمد، كما باركت على آل إبراهيم في العالمين، إنك حميد مجيد
Maka memperbanyakkan sholawat kepada junjungan kita Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم.
Adapun sighah (bentuk) sholawatnya terpulanglah. mahu bersholawat dengan sholawat Ibrahimiyyah ... silakan, bahkan inilah yang terbaik kerana ianya sighah yang terpilih untuk dibacanya di dalam tasyahhud akhir.
Syaikh Yusuf an-Nabhani menyebut di dalam kitabnya Afdhalush Sholawaat 'ala Sayyidis Saadaat ketika membicarakan berkenaan sholawat ini, antara katanya:-
Inilah sighah sholawat yang paling sempurna yang ma'tsur diriwayatkan daripada Junjungan Nabi صلى الله عليه وآله وسلم
Selain itu boleh juga bersholawat dengan sholawat Tafrijiyyah, Munjiyyah, Fatih, Tibbil Qulub dan sebagainya silakan. Semuanya punya kelebihan yang besar. sibukkanlah diri kita dengan memperbanyakkan sholawat .... Pilihlah mana-mana sholawat yang disukai.
Diantara kelebihan bershalawat ini, menurut ulama shalawat ini mudah dikerjakan manakala pahalanya besar. Bahkan walaupun ianya dibaca dengan tidak hadir hatinya, atau dibaca dengan disertai rasa riya', ujub, atau dibaca dalam keadaan lalai dengan tidak menghadirkan dan menghayati maknanya atau lain-lainnya, tetap saja diterima Allah kerana ketinggian kedudukan Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم disisi Allah kerana kecintaan Allah kepada صلى الله عليه وآله وسلم.
Andaikata kita tidak mampu untuk memperbanyakkan ibadah-ibadah lain seperti sholat sunat terutamanya tahajjud, puasa maka bershalawatlah sebanyak-banyaknya.
Perhatikan apa yang disebut Imam Ibnu 'AthoIllah as-Sakandari dalam kitabnya "Bahjatun-Nufus":-
Orang yang tidak mampu memperbanyak berpuasa dan melakukan sholat malam (yakni sholat-sholat sunnat pada waktu malam) hendaknya menyibukkan diri dengan bersholawat ke hadrat Junjungan Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم. Seandainya sepanjang hidup, engkau melakukan seluruh amal ketaatan, lalu Allah memberikan satu sholawat sahaja atasmu, tentu satu sholawat tersebut lebih berat dari semua amal ketaatan yang engkau lakukan selama tempoh tersebut. Sebab engkau bersholawat sesuai dengan kapasiti kemampuanmu, sedangkan sholawat daripada Allah adalah sesuai dengan sifat rububiyah (ketuhanan)Nya. Ini baru satu sholawat, maka bagaimana pula jika Allah membalasmu dengan sepuluh sholawat bagi satu sholawatmu ke hadrat Junjungan صلى الله عليه وآله وسلم seperti keterangan hadits ? Menurut Sayyidina Abu Hurairah رضي الله عنه, Junjungan Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم bersabda:- "Sesiapa yang bersholawat atasku sekali, Allah akan bersholawat ke atasnya sepuluh kali." Betapa indahnya hidup ini jika engkau isikan dengan taat kepada Allah, dengan sentiasa berzikir kepadaNya dan sibuk bersholawat atas Junjungan Nabi صلى الله عليه وآله وسلم di setiap waktu disertai hati yang ikhlas, jiwa yang tulus, niat yang baik dan perasaan cinta kepada Junjungan Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم.
Sama-sama kita perbanyakkan selawat ke atas Nabi صلى الله عليه وآله وسلم di bulan ini dan di bulan-bulan seterusnya.

Wednesday, June 5, 2013

NUKILAN

kepada semua ..

seperti yang aku nyatakan dalam post aku yang sebelum ni .. aku n mak serta along n abg man pergi vacation ke Jakarta .. not bad .. best tempatnye ... mmg utk shoping .. tp kena beli borong .. kalau beli satu2 jatuh mahal regenye ...

time di Jakarta mendapat perkhabaran yang mendukacitakan .. satu-satunya pakcik ku yang tinggal (adik beradik sebelah Ayah) - Acu Godang sedang sakit .. keadaan nye agak kritikal ...

balik dr Jakarta hari Sabtu .. ingat Ahad nak pergi tgk Acu .. tp still penat .. so tak g la .. hari Selasa .. Acu sakit tenat ... malamnye kami otw ke spital kajang untuk melawat Acu mendapat perkhabaran dari kak wati (Anak Acu Godang a.k.a sepupuku) bahawa Acu dah meninggal .. kini tiada lagi panggilan pakcik untuk bg keluarga sebelah Ayah .. skang yg tinggal Acik Sumah - kakak Ayah ...

AL-FATIHAH ..

Sunday, May 19, 2013

VACATION AGAIN

Assalamualaikum,

lama x menulis ... hehehe .. lusa (Rabu - 22 Mei 2013) .. aku, mak, along n abg man akan vacation ke Jakarta ... ape yang best erk kat jakarta tu .. baru first time nak g .. selalu ke bandung je ...
pastukan sibuk2 nak g vacation ni .. time ni lak la nak kena renew roadtax lak ... then sibukkan la diri di internet - myeg.gov.my .. semak ape yg patut .. a.k.a ade saman ke idak .. Alhamdulillah for PDRM aku tak de saman .. so selamat .. tp tang JPJ ade saman lak .. AES tu der .. ni semua time hantar bibik umi nye pasal .. RM 300 sih ... mana nak carik duit .. dah la nak vacation .. herm ... nasib badan la ...

so la ni .. koje la kito sekuek nyo ... haahhahahhaha ... bye guys ... :D

Thursday, May 16, 2013

BULAN REJAB
























Amalan di bulan Rejab
Rejab adalah kunci kebaikan dan ibadah. Berkata Abu Bakar Al-Warraq al-Balkhi: "Bulan Rejab bulan menanam pokok. Bulan Syaaban bulan menyiram pokok. Dan bulan Ramadan bulan menuai buahnya."
Itu kerana bulan Ramadan adalah bulan yang penuh dengan rahmat daripada Allah SWT. Setiap Muslim merasakan keindahan dan kedekatan dengan-Nya. Pada bulan itu, setiap ibadah diberi ganjaran berkali-kali ganda. Belum lagi malam Lailatulqadar yang menjadi harapan setiap orang yang mencintai negeri akhirat.
Kesempurnaan Ramadan mustahil diraih tanpa persiapan. Dan persiapan itu bukan bermula apabila Ramadan bermula. Persiapan Ramadan mesti bermula sejak beberapa bulan sebelumnya. Rejab bulan yang sangat baik untuk kita memulai persiapan itu.

Bulan haram
Apa lagi sebenarnya Rejab memiliki kelebihan tertentu berbanding bulan-bulan yang lain. Ia adalah salah satu daripada empat bulan haram, yakni bulan-bulan yang sangat terhormat di sisi Allah SWT.
Rasulullah SAW pernah bersabda: Sesungguhnya masa telah beredar seperti mana keadaannya ketika Allah menciptakan langit dan bumi. Satu tahun adalah 12 bulan. Di antara bulan-bulan itu terdapat empat bulan haram. Tiga di antaranya berturut-turut, iaitu Zulkaedah, Zulhijjah dan Muharam. Dan (keempat) adalah Rejab Mudar yang terletak antara Jumada dan Syaaban. (al-Bukhari dan Muslim)
Sejak masa jahiliah, keempat-empat bulan haram ini sangat dihormati. Ia adalah bulan-bulan bertenang untuk meraikan para jemaah haji dan umrah. Peperangan dan pergaduhan diharamkan pada bulan-bulan tersebut.
Dalam Islam hukum ini memang dimansuhkan. Apabila diperlukan, umat Islam dibenarkan berperang pada bulan-bulan tersebut itu. Namun begitu, keempat-keempat bulan itu tetap memiliki kelebihan tersendiri dengan dilebihkan ganjaran pahala dan dosa padanya.
Berkata Ibnu Abbas: "Allah mengkhaskan beberapa bulan untuk dijadikan bulan haram dan mengagungkan kadarnya. Dosa maksiat yang dilakukan padanya sangat besar. Sebagaimana pahala ibadah yang dilakukan padanya juga sangat besar." (diriwayatkan oleh al-Baihaqi dalam Syu'ab al-Iman)

Amalan
Tiada amalan khas yang mesti dilakukan pada bulan Rejab. Kita hanya diperintahkan untuk memperbanyak ibadah apa yang kita mampu lakukan.
Siapa yang mampu memperbanyak solat sunat dipersilakan. Namun begitu hindari daripada melakukan solat Raghaib yang selalu dilakukan pada Jumaat pertama bulan Rejab. Berkata Ibnu Rajab al-Hanbali: "Hadis-hadis yang menceritakan fadilat solat Raghaib pada Jumaat pertama bulan Rejab adalah palsu. Solat ini bidaah menurut kebanyakan ulama."
Siapa yang hendak memperbanyak puasa sunat, juga digalakkan. Usman bin Hakim al-Ansari pernah bertanya kepada Said bin Jubeir tentang amalan puasa sunat pada bulan Rejab. Said menjawab: Aku mendengar Ibnu Abbas berkata: Rasulullah selalu berpuasa sehingga kami menyangka beliau tidak pernah berbuka. Dan baginda juga selalu berbuka sehingga kami menyangka beliau tidak pernah berpuasa. (riwayat Muslim)
Imam Al-Nawawi menjelaskan: "Maksud Said bin Jubeir adalah tidak ada larangan dan galakan khas untuk melakukan puasa di bulan Rejab. Akan tetapi hukum bulan ini seperti bulan-bulan lainnya. Asal hukum puasa adalah sunat."
Adapun ibadah umrah, maka sunat melakukannya pada bulan Rejab. Rasulullah pernah melakukan ibadah umrah di bulan Rejab. Ibnu Sirin meriwayatkan bahawa para tokoh-tokoh ulama salaf sangat menyukai ibadah umrah di bulan Rejab.
Selain ibadah-ibadah ini, lakukanlah ibadah-ibadah lain semampu kita. Perbanyakkanlah zikir, bacaan al-Quran dan selawat.
Jika tidak mampu melakukan ibadah dan kebaikan, minimal yang kita mesti lakukan adalah menjauhkan diri daripada maksiat. Jangan nodai bulan yang mulia ini dengan kata-kata kesat, lucah, ghibah, makian dan lain-lain. Siapa yang meninggalkannya kerana Allah, ganjaran besar telah menunggu untuknya.
Semoga Allah membuka hati-hati kita untuk menikmati keindahan Ramadan dengan memberinya hidayah untuk melakukan kebaikan sejak dari bulan Rejab dan Syaaban.

Sunday, May 5, 2013

MALAYSIA MEMILIH 2013

Salam,



dah lama x update blog .. kali ni aku nak update pasal benda paling hot yang berlaku dekat negara tercintaku Malaysia .. iaitu - PRU13 ... seperti biasa kemeriahan PRU kali ini begitu sengit dirasakan.. pada aku la kan, tak kisah la sape menang, yang penting negara aku aman makmur .. tak kisah la ko parti apa .. yang penting negara aku selamat, aman sejahtera .. tak kisah la sape yang menang janji ada kebahagian untuk negara tercinta .. ini semua kerana politik bukan untuk aku .. tetapi negara ini untuk aku dan masa depan ...



pada aku lah kan ... sebagai rakyat Malaysia, SEPATUTNYA KITA BUKAN keluar mengundi kerana Parti, bukan keluar mengundi kerana org lain mengundi, kita pun sama sibuk nak ngundi (pastu pos mcm-mcm kat laman sosial a.k.a facebook/twitter/instagram ..) ...

TP SEPATUTNYA BERLAKU kita mengundi kerana masa depan negara, kita mengundi kerana kita rakyat Malaysia yang diberikan hak untuk memilih (tak kirala korang nak cakap undi ni x betul ke, undi ni tipu ke, undi ni itu, undi ni ini - korang ingat senang ke nak uruskan benda .. dah ade SPR untuk lakukan - jd terima la seadanya a.k.a korang leh ke wat benda ni kalau disuruh - aaappeee ddaaa) ... kerana itu #sayapilihmengundi ..

kepada yang MENANG berikanlah sepenuh tanggungjawap yang diamanahkan dengan jujur dan ikhlas, lakukan sesuatu yang lebih molek dari yang sebelum ni, buat sesuatu untuk menjadikan masa depan negara lebih makmur, aman sejahtera dan terbela ..

kepada yang KALAH anda tetap menang dimata penyokong anda, teruskan berjuang untuk menjadi pembangkang yang sentiasa menjadi pemangkin yang membela dan memberikan yang terbaik, supaya negara lebih maju.

Thursday, April 25, 2013

NEW GADJET

alhamdulillah ..

aku dpt gadjet baru ... best .. hehehe
dpt duit kutu .. hehehehe



Monday, March 11, 2013

masak2 hujung weekend ...

weekend baru2 ni aku try memasak .. masak lasagna .. jadi yok ... hehehe .. tp dengan bantuan my mum la .. n mys sis in law .. alhamdulillah berjaya n habis :D (walaupun ade yg perlu di perbaiki) .. aku puas ati la .. so tak yah la nak susahkan along lg untuk msk makanan yang paling aku gemar ni .. hehehehe (sebab selalu along yang masakkan ... :D )


hehehehe ... sedap .. :D

Tuesday, February 12, 2013

corat-coret feb 2013

salam,

bgmn dgn cuti panjang .. hehehe best x ... ye la cuti raya china kan .. gong xi fa chai ... :D
dari hari sabtu sampai hari selasa .. n today its the first day utk koje balik .. aku utk time cuti panjang ni tak g memana .. just lepaking diumah pada hari sabtu .. kemas umah ape yang patut .. then hari ahad kami sekeluarga ke Klang - kg sg sireh .. lawat mak sedara ku yang di panggil cik rozie .. die tak sihat .. so kami g melawat .. then hari isnin aku n member opis dtg opis jap wat koje sikit iaitu run sistem baru isis utk web .. then hari selasa just lepaking .. hehehe ..

terkini aku ade instagram tau .. just nice to be my follower - yanieothman .. heheheh mcm2 aku upload kat situ ... pepehal korang leh la carik aku kat a/c insta ye .. selain fb n tweet (uber social yang gue guna - hehehehe) insta adalah trend terkini ku .. hehehe :D

k la korang .. t aku merepek lg erk .. bye ..

Monday, February 4, 2013

Salam

herm... hari ni aku tak de mood.... actually aku nak citer pasal ari tu punye test .. a.k.a exam BI ... nervous sih ... menakutkan  untuk tau keputusan .. padahal task yang diberikan leh dikatakan senang la jugak "give an opinion to ur friend because ur friends want to build up a business .. part time business" .... aaaaiiiyyyaaakkk ... bleh blur lak at that time .. so tension ... my friend (we a pairing) kak ieda - also blur n nervous ... tp nak wat cam ne kan .. benda dah lepas .. u take it or u live it - u have too face it la ... - so its me .. herm .. mudah-mudahan semua berjln lancar ... harap-harap lulus .. korang doakan ye ... :D


Monday, January 28, 2013

kursus day

hari ni nak g kursus kat Hotel Crystal Crown ... hehehehhe kursus latihan industri .. so tak g la kelas bi ... dah la khamis ni nak exam oral dah .. habis la .. Oh My English .. yani - u can do it .. hehehehe

herm .. tak tau la bgmn keadaan kursus LI .. just leave n let it be ok .. heheheh skang ni tgh tunggu member opis yang satu kursus p bekpes .. t kami nak g kursus sesama .. :D

mlm td kan g mkn kat Chilli's best .. sedap .. mahal kan ... hehehehe .. bibik aku pun mkn chilli's yo .. ko ado .. hehehe

lamanya x up date .... hehehhe

giler la ... . agak lama tak  meng-update my blog ... actualy mcm2 nak aku citer .... hehehehe.. nak start dr mana erk .... oh ya aku g cuti bulan dis 2012 ...kami sekeluarga ke ghuangzhou - china ... best ... dpt beli gadjet ..... then herm suke sgt la kan . x ingat dunia ... pastu kena g klas bi lak ... kelas mak nyah .. hehehee advanced ok ... then kami bercuti ke langkawi .. g island hoping best .. g pulau dyg bunting tau ... then percutian awal thn 2013 ... kami ke pulau pinang ... kat pulau pinang best .. dpt jumpa jemaah hj yg satu bilik ngan aku n mak iaitu cik pah ... then cik pah bg jeruk .. sedap lak tu ... oh ya .. minggu depan 31 hb january 2013 .. aku ade exam kelas BI .. just speach .. quit nervous ... doakan saya berjaya ye ... amin ... heheehhe semoga semuanye di permudahkan ...
mlm ni .. nak g mkn2 kat chillis with familia .. ok la .. bye guys .. take care ye .. :D