Monday, February 28, 2011

CERITA TARIK TALI

kelakar lak beb ... tetiba akak chomel a.k.a kak As call aku .. ajak aku join game tarik tali untuk sukan staf UM ... wakaka ... time tu bff (k.jue) tak de - cuti .. so aku pun kate la .. aku nak tanye bff dulu .. kalau bff join .. aku join la .. kalau x malas (tak de kawan) hehhehehe.. then akak chomel kata ok .. die tunggu keputusan aku .. suh tanye bff cecepat .. tp aku tak amik port pun pasal tak nak take serius ...

then pg td akak chomel call boss a.k.a en. shah n kata die dah konfirmkan nama aku n bff untuk join game tarik tali sukan staf UM ... WALAWEI ..... bff pe lg terpinga2 ... hehhehe (sorry bff) .. but i know u ... bff mmg tak de hal nye .. terkezut ckit tu biasa arr kan ...

but the lg best is ... ptg lak dpt msg kat phone kata suh dtg training ptg ni jugak .... mmg koje gile kan .... lg best punye cite .. aku pakai jubah .. giler pe nak tarik tali pakai jubah - tak penah d buat org ..... pe lg aku call la akak chomel n tanye nape tetiba je training .. pg confirm ptg terus training .. pe cite ... akak chomel kata "ha'ah akak pun terkejut .. tetiba je" .... pe lg kami pun berbincang n konfirm tak g training n akak chomel kata pepehal dia akan gtau n jadualkan bebetul ... then baru gtau training yg sebenarnya bile .... tp akak chomel suh kami stanby ngan baju sukan .. supaya senang g training bile d panggil ....

FFUUUHHHHH .... siyes beb .... aku n bff join game tarik tali sukan staf UM ... cam tak caye je ... pastu kan akak chomel kata ... "biasa nye game tarik tali utk staf wanita ... wakil zon 7 .... biasa dpt no. 1 atau no. 2" ... BBIIIAARR BBEETTUULLL ..... tu cite yg sudah2 .. agak nye ... kalau aku n bff join kali ni .... dpt no. bape erk????
OH TIDAAAAAKKKKKKKKKKKK ...... :)

Friday, February 25, 2011

BLOG AKU DAH BARU ... hehhhehe

time kasih Marlina kerna sudi ajar aku, perkara2 berkaitan ngan blog .. mmg sempoi arr ko ... heheheh .. so adelah pembaharuan untuk blog aku nie .. harap korang suke .. :)
pasal aku suke .. wakakakaka ..

pastu ade ayat baru yg miezaro bg iaitu 'bengal' ... korang tau ape tu 'bengal' .. aku pun tak tau .. hahhahaa :p  ... hanya mieza je yg leh jwp ....

HARI JADI HEIRI ...

Selamat Hari Jadi yg ke 27 thn buat Adik ku Muhammad Suhairi bin Othman ... di lahirkan pada 25 feb. 1984 .... semoga panjang umur n dimurahkan rezeki ... selamat hari tua .. wakakakkaa ..

Sunday, February 20, 2011

58 Kelebihan Wanita Yang Dikurniakan Allah....

1. Doa wanita lebih maqbul dari lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat dari lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulallah SAW akan hal tersebut, jawab baginda : “Ibu lebih penyayang dari bapak dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia.”

2. Wanita yang solehah itu lebih baik dari 1,000 orang lelaki yang soleh.

3. Seorang wanita solehah adalah lebih baik dari 70 orang wali.

4. Seorang wanita solehah adalah lebih baik dari 70 lelaki soleh.

5. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, derajatnya seumpama orang yang senantiasa menangis kerana takutkan Allah SWT dan orang yang takutkan Allah SWT akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

6. Barang siapa yang membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah) lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedakah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan dari anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail AS

7. Tidaklah seorang wanita yang haidh itu, kecuali haidhnya merupakan kifarah (tebusan) untuk dosa-dosanya yang telah lalu, dan apabila pada hari pertama haidhnya membaca “Alhamdulillahi’alaa Kulli Halin Wa Astaghfirullah”. Segala puji bagi Allah dalam segala keadaan dan aku mohon ampun kepada Allah dari segala dosa.”; maka Allah menetapkan dia bebas dari neraka dan dengan mudah melalui shiratul mustaqim yang aman dari seksa, bahkan AllahTa’ala mengangkatnya ke atas darjat, seperti darjatnya 40 orang mati syahid, apabila dia selalu berzikir kepada Allah selama haidhnya.

8. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah SAW.) di dalam syurga.

9. Barang siapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan, lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa taqwa serta bertanggung jawab, maka baginya adalah syurga.

10. Dari ‘Aisyah r.ha. “Barang siapa yang diuji dengan sesuatu dari anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka merekaakan menjadi penghalang baginya dari api neraka.”

11. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.

12. Apabila memanggil akan engkau kedua ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

13. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

14. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan, semuanya beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya dan meredhainya. (serta menjaga sembahyang dan puasanya)

15. ‘Aisyah r.ha. berkata “Aku bertanya kepada Rasulullah SAW. siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita ?” Jawab baginda, “Suaminya”. “Siapa pula berhak terhadap lelaki ?” Jawab Rasulullah SAW. “Ibunya”.

16. Seorang wanita yang apabila mengerjakan solat lima waktu, berpuasa wajib sebulan (Ramadhan), memelihara kehormatannya serta taat kepada suaminya, maka pasti akan masuk syurga dari pintu mana saja yang dia kehendaki.

17. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah SWT memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu dari suaminya (10,000 tahun).

18. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebaikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

19. Dua rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik dari 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.

20. Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.

21. Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.

22. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah SWT

23. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.

24. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

25. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid.

26. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya dari badannya (susu badan) akan dapat satu pahala dari tiap-tiap titik susu yang diberikannya.

27. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 1/2 tahun), maka malaikat-malaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga baginya.

28. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.

29. Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.

30. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.

31. Apabila seorang wanita mencucikan pakaian suaminya, maka Allah mencatatkan baginya seribu kebaikan, dan mengampuni dua ribu kesalahannya,bahkan segala sesuatu yang disinari sang suria akan meminta keampunan baginya, dan Allah mengangkatkannya seribu darjat untuknya.

32. Seorang wanita yang solehah lebih baik dari seribu orang lelaki yang tidak soleh, dan seorang wanita yang melayani suaminya selama seminggu, maka ditutupkan baginya tujuh pintu neraka dan dibukakan baginya lapan pintu syurga, yang dia dapat masuk dari pintu mana saja tanpa dihisab.

33. Mana-mana wanita yang menunggu suaminya hingga pulanglah ia, disapukan mukanya, dihamparkan duduknya atau menyediakan makan minumnya atau memandang ia pada suaminya atau memegang tangannya, memperelokkan hidangan padanya,memelihara anaknya atau memanfaatkan hartanya pada suaminya kerana mencari keridhaan Allah, maka disunatkan baginya akan tiap-tiap kalimah ucapannya,tiap-tiap langkahnya dan setiap pandangannya pada suaminya sebagaimana memerdekakan seorang hamba. Pada hari Qiamat kelak, Allah kurniakan Nur hingga tercengang wanita mukmin semuanya atas kurniaan rahmat itu. Tiada seorang pun yang sampai ke mertabat itu melainkan Nabi-nabi.

34. Tidakkan putus ganjaran dari Allah kepada seorang isteri yang siang dan malamnya menggembirakan suaminya.

35. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suaminya melihat isterinya dengan kasih sayang akan di pandang Allah dengan penuh rahmat.

36. Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat.

37. Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan medapat pahala jihad.

38. Jika wanita mengurut suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita mengurut suami bila disuruh akan mendapat pahala tola perak.

39. Dari Hadrat Muaz ra.: Mana-mana wanita yang berdiri atas dua kakinya membakar roti untuk suaminya hingga muka dan tangannya kepanasan oleh api,maka diharamkan muka dan tangannya dari bakaran api neraka.

40. Thabit Al Banani berkata : Seorang wanita dari Bani Israel yang buta sebelah matanya sangat baik khidmatnya kepada suaminya. Apabila ia menghidangkan makanan dihadapan suaminya, dipegangnya pelita sehingga suaminya selesai makan. Pada suatu malam pelitanya kehabisan sumbu, maka diambilnya rambutnya dijadikan sumbu pelita. Pada keesokkannya matanya yang buta telah celik. Allah kurniakan keramat (kemuliaan pada perempuan itu kerana memuliakan dan menghormati suaminya).

41. Pada suatu ketika di Madinah, Rasulullah SAW. keluar mengiringi jenazah. Baginda dapati beberapa orang wanita dalam majlis itu. Baginda lalu bertanya, “Adakah kamu menyembahyangkan mayat ?” Jawab mereka,”Tidak”. Sabda Baginda “Sebaiknya kamu sekalian tidak perlu ziarah dan tidak ada pahala bagi kamu. Tetapi tinggallah di rumah dan berkhidmatlah kepada suami niscaya pahalanya sama dengan ibadat-ibadat orang lelaki.

42. Wanita yang memerah susu binatang dengan “Bismillah” akan di doa'kan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.

43. Wanita yang menguli tepung gandum dengan “Bismillah” , Allah akan berkahkan rezekinya.

44. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di Baitullah.

45. “Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang mengeluarkan peluh ketika membuat roti, Allah akan mejadikan 7 parit diantara dirinya dengan api neraka, jarak diantara parit itu ialah sejauh langit dan bumi.”

46. “Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang, Allah akan mencatatkan untuknya perbuatan baik sebanyak utus benang yang dibuat dan memadamkan seratus perbuatan jahat.”

47. “Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang menganyam akan benang dibuatnya, Allah telah menentukan satu tempat khas untuknya di atas tahta di hari akhirat.”

48. “Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang dan kemudian dibuat pakaian untuk anak-anaknya maka Allah akan mencatatkan baginya ganjaran sama seperti orang yang memberi makan kepada 1000 orang lapar dan memberi pakaian kepada 1000 orang yang tidak berpakaian.”

49. “Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang meminyakkan rambut anaknya,menyikatnya, mencuci pakaian mereka dan mencuci akan diri anaknya itu, Allah akan mencatatkan untuknya pekerjaan baik sebanyak helai rambut mereka dan memadamkan sebanyak itu pula pekerjaan jahat dan menjadikan dirinya kelihatan berseri di mata orang-orang yang memerhatikannya.”

50. Sabda Nabi SAW: “Ya Fatimah barang mana wanita meminyakkan rambut dan janggut suaminya, memotong kumis (misai) dan mengerat kukunya, Allah akan memberi minum akan dia dari sungai-sungai serta diringankan Allah baginya sakaratul maut dan akan didapatinya kuburnya menjadi sebuah taman dari taman- taman syurga dan dicatatkan Allah baginya kelepasan dari api neraka dan selamatlah ia melintas Titian Shirat.”

51. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.

52. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal dari suaminya, akan menjadi ketua 70,000 malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat dari yakut.

53. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat,tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya (menjaga aurat) iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah.

54. Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita (isteri) yang solehah.

55. Salah satu tanda keberkatan wanita itu ialah cepat perkahwinannya,cepat pula kehamilannya dan ringan pula maharnya (mas kahwin).

56. Sebaik-baik wanita ialah wanita (isteri) yang apabila engkau memandang kepadanya ia mengembirakan engkau, jika engkau memerintah di ta'atinya perintah engkau (taat) dan jika engkau berpergian dijaga harta engkau dan dirinya.

57. Dunia yang paling aku sukai ialah wanita solehah.

58. Rasulullah SAW bersabda bahawa, “Allah telah memberikan sifat iri (cemburu) untuk wanita dan jihad untuk lelaki. Jika seorang wanita melatih kesabarannya dengan iman dengan mengharapkan pahala dari sesuatu perkara yang menyebabkannya menjadi cemburu (iri hati), seperti misalnya suaminya menikahi istri kedua, maka ia akan menerima ganjaran seorang syahid”.

Monday, February 14, 2011

SEKADAR BERKONGSI PENDAPAT ...

Tak Pandai Masak

Kalau perempuan tidak boleh memasak, dikutuk dan disuruh belajar. Jangan diperbesarkan nanti ade yang terasa hati.  (Aku la tu - ahak's) .... Kalau lelaki tak boleh jadi imam kita kata okay saja. tak patut betul .."Apalah perempuan, tak pandai masak siapa nak kahwin dengan awak!" Begitulah kata2 yang akan keluar jika seseorang itu mengetahui ade perempuan yang tak pandai masak .... HARUS KE ???

Bagi sesetgh masyarakat tidak sempurna seorang wanita jika tidak tahu memasak. JADI Wanita sepatutnya buat begitu juga. Syarat utama menjadi suami mesti boleh menjadi imam. Walau ada yang kata, jika itu syaratnya bermakna makin ramai wanita yang hidup bujang seumur hidup. Lelaki meletakkan kebolehan wanita di dapur sebagai perkara utama dan ungkapan hendak memikat suami, perlu pikat seleranya sering diguna pakai, tidak kiralah jika wanita itu berpelajaran atau berjawatan tinggi dan penyumbang utama kewangan dalam rumahtangganya.

Sekarang bukan asing lagi gaji isteri lebih tinggi daripada suami. Namun kedudukan suami sebagai raja tidak pernah dilupa walau dia tidak mengambil inisiatif mempelajari ilmu menjadi imam. Kalau tidak tahu memasak disuruh belajar dan sesudah belajar perlu handal. Jika handal bukan setakat masak untuk keluarga sendiri, kalau boleh perlu boleh memasak untuk tiga pasukan bola. Begitulah standard yang telah ditetapkan.

Bolehkah kita meletakkan undang-undang itu kepada lelaki juga? Kalau tidak pandai jadi imam, belajarlah.
Mula-mula jadi imam kepada keluarga sendiri, sudah terror boleh mengimam satu taman perumahan juga.
Betul juga ya? Berapa kerat lelaki yang menjadikan sembahyang jemaah di rumah bersama anak isteri sebagai agenda utama, selain keperluan memenuhi pelbagai seleranya?

Ternyata ramai yang menjawab tidak confident menjadi imam sebab takut bacaan al-Fatihah tidak sempurna, salah tajwid atau pun dia merasakan isterinya lebih handal. Ada yang kata lebih elok dia dan isteri sembahyang sendiri-sendiri. lg best ... Ada juga menjawab, rasa kelakar pula apabila dirinya yang rugged menjadi imam.

Isu ini sepatutnya kita beratkan sepertimana masyarakat memberatkan wanita perlu pandai memasak jika mahu bersuami. Lelaki juga harus boleh menjadi imam supaya kewibawaan mereka sebagai ketua keluarga tidak goyah atau menjadi mangsa 'queen control'. Kalau tidak pandai, belajarlah sekarang. Jika wanita disuruh belajar, apa salahnya lelaki! ... kan3 ...

SALAM MAULIDUR RASUL

Bila kita kenal sesuatu yang indah, baik dan benar, kita akan jatuh cinta. Bila sudah cinta, kita banyak mengingat apa yang kita cintai itu. Dan bila kita banyak mengingat, pasti banyak pula kita menyebutnya… Kata orang tua dahulu, bila hati teringat, mulut akan menyebut!

Jadi, tanda cinta kita kepada sesuatu, banyaklah kita menyebut-nyebutnya. Dan begitulah kitaran cinta kepada Rasulullah saw. Tanda kenal, cinta. Tanda cinta, ingat. Dan tanda ingat, banyak menyebut… Semakin banyak ingatan, semakin banyka pula sebutan. Dan di situlah signifikannya selawat!

Ya, semoga Allah berikan hati yang sentiasa ingat kepada Rasulullah saw lalu kita mampu berselawat ke atas baginda – sebagai tanda kasih, tanda cinta kepadanya. Tidak cukup jika berselawat pada Hari Keputeraannya atau membacanya hanya ketika dalam tahiyyat awal atau akhir, sebaliknya jadikan ia basahan lidah setiap masa – gembira atau berduka, ketika ramai atau bersendirian, siang mahupun malam.

... Salam Mulidur Rasul Untuk Semua .....

Saturday, February 12, 2011

FB nye cite .. hehhehehe

Apakah Karaktor Anda Dalam Hantu Kak Limah Balik Rumah!!

Suryani got ► Pak Jabit

Anda seorg yg berwawasan 2020,mempunyai fahaman sendiri & selalu puji diri sendiri tidak kira di mana jua anda berada..anda mungkin akan menjadi perdana menteri satu hari nanti..peace:)
 
kisah dan lagu anda

Suryani got ► Asyik--Amelina

Anda sukakan kebebasan dalam hidup. Tak suka dikongkong dan disekat oleh peraturan. Anda akan cuba perkara baru dan mencabar kerana anda tahu hidup hanya sekali. Pada anda melanggar peraturan tidak ada salahnya. Anda sedar anda perlu nikmati hidup dengan penuh keseronokan.Enjoy your life kerana anda masih muda. Bila lagi nak cuba aktiviti extreme seperti sky-diving,bungee jumping atau mendaki bukit jika tidak sekarang?Bukan bermaksud anda tidak sukakan tanggungjawab,tetapi hanya ingin tahu sesuatu perkara dengan pengalaman sendiri.
 
Siapa anda dalam skuad Harimau Malaya?

Suryani got ► Posisi: Tengah (Safiq Rahim)

Anda sesuai bermain di posisi tengah. Pemain tengah memainkan peranan yang penting untuk menentukan corak permainan samada menyerang atau bertahan. Pemain tengah harus mempunyai kerjasama yang tinggi untuk membantu penyerang atau pertahanan.
 
Ingin tahu keistimewaan diri anda?

Suryani got ► Peramah

Anda seorang yang peramah dan suka menolong orang.Anda mudah bergaul dengan masyarakat.Anda sudi menghulurkan bantuan apabila kawan memerlukan pertolongan anda.Oleh itu anda mempunyai banyak kawan.
 
MAKNA NAMA KAMU
 
Suryani : -

S : Berpendirian kukuh dan bersemangat

u : Seorang yang pendiam dan agak sukar berkomunikasi dengan kamu

r : Kamu seorang yang kuat bekerja

y : Pintar dan mampu pengaruhi orang lain

a : Menggambarkan seorang yang bijak

n : Sanggup menghadapi apa juga rintangan dalam mengejar impian

i : Setiasa perlukan perhatian orang lain

Wednesday, February 9, 2011

????

sejak minggu lepas pelbagai kisah tak best aku dengar ... ape?? tak perlu aku citekan .. cukup hanye kepada yg mengetahui ... :(
kenapa ianye perlu terjadi ....HARUS KE ??? (gaya wawa dlm cite adnan sempit) ... ia seperti menyekat periuk nasi org ... tak best .. n tak perlu ade sepatutnye ...cukup2 la .... buka mata n minda ...

hari sabtu lepas ... ieqa (adik bff - wani) kahwin n aku dpt jemputan .. tapi aku tak dpt penuhi pasal ... ade majlis pertunangan sedara ku yg perlukan kehadiran ku ... jd aku tak dpt memenuhi permintaan wani ..

hari ni .. BFF (kak jue) ... di panggil utk interview .... n alhamdulillah dr ape yg bff cite .. semua nye ok .. n insyaallah ade rezeki utk d sambung kontraknye ... kalian doakan utk bff ye ...

Thursday, February 3, 2011

... my opismate ....

herrmm .. sesaje aku nak bercerite pasal opis kesayangan aku nie .. n org yg dekat ngan aku .... STAF APM .. :)

En. Boss - NSNM a.k.a en. shah
dah kire lama gak bokoje ngan ini boss .. memula boss join ID team ... then boss tukar g IT team ... walaupun boss aku ni chipsmore sekejap ID sekejap IT .... tp boss tetap boss ... boss aku yg sorang ni jenis yg sempoi .. walaupun pelbagai masalah yg dtg atau umpatan2 dr org sekeliling die tetap ngan lagak nye yg giler2 ... tak terlalu mendesak staff ikut ckp die .. sentiasa ade sifat toleransi ngan staff .. (hehehhe boss ni dah lebih bodek nie... bg APC leh .. hehehe .. pd sesape yg tak tau ape itu APC ... tanye en. boss saye ye... ) .. wakakka :p

Cik Boss a.k.a Cik Sue
ha .. ni boss baru utk ID team (ganti boss lame a.k.a mr faizal - boss ni pun gegiler gak) .... cik boss ni freshie dlm dunia pekerjaan pendidikan (universiti) ... banyak benda cik boss kena blaja ... tp cik boss ni mmg cepat tangkap (bodek sikit) .. n cik boss ni tak segan silu bertanya ngan staff pasal bebenda kerja yg die tak paham ... baru je kenal .. so far leh join the club .. but it's to early la .... masih memerlukan masa utk kenal lebih ngan cik boss .... btw .. welcome cik boss ...

MS a.k.a Marlina Sadri
Pen. peg. tadbir APM ... seorg yg mmg giler (wakkakaka) .. suke berckp ... ade die kat opis mmg kepoh la jdnye ....(jgn mare k marlina) ...tak banyak koje ngan marlina nie ... pasal die jaga RnD .. mmg menyimpang ngan koje aku (wa ID team beb) .. hehehhe ...

SU Team (Setiausaha)
  1. Kak Rozi
  2. Kak Timah
  3. Kak Ieda
  4. Kak Pah
Kak Rozi adelah PA utk Pengarah APM .. Kak timah utk TP ID APM ...Kak Ieda utk TP IT APM ... dan Kak Pah utk TP RnD APM .. dlm reramai SU kat APM nie .. kak timah yg paling tua n kak pah yg paling muda - dia (kak pah) jugalah SU yang sempoi di APM (gegiler orgnye - wakakakka) ... aku banyak berurusan ngan kak timah pasal die cover utk ID nye hal .. hehehe ...

ID Team (Ijazah Dasar)
  1. Kak CT (PA Jab. Linguistik)
  2. Aieda (PA Jab. Sosio)
  3. BFF (kak jue) (PA Jab. Sastera)
  4. Me (PA Jab. Kesenian)
hehehhe .. it's my team .. kami ni semua jenis satu kepala .. sempoi .. n gegiler ... lelebih lg aieda .. wakakka (sorry ieda) ...aieda n kak ct kire otai dlm team nie .. aku kire akan melangkah otai la .. hahahhaha .. go yanie go ... yang bongsu dlm team nie my bff a.k.a  kak jue .. ye la kak jue baru setahun jagung dlm bidang nie ... tak pe pelan2 bff ...
aieda - sempoi .. suke sukie punye olang .. happy go lucky .. seorg yg cakap lepas .. tak de simpan2.. kire jujur la.. baik org nye ..mmg best ade kwn cam die
kak ct - akak aku yg sorang ni jenis cover n sopan santun org nye ... ehehehehe ... tp bile dah join huhahuha ngan ID team .. tersampuk gak ... keluar die punye sempoi n gegiler gak org nye ...
bff - kak jue ni gegiler org nye .. mmg same kepala ngan aku .. leh kongsi ape saje ngan die ....kak jue org paling rapat ngan aku kat opis ni ... mana ada kak jue situ ade aku .. hahaha - ye ke?? ... sharing is caring ... hehehhee

IT Team (Ijzah Tinggi)
  1. BFF (wanie) - Master
  2. kak yah (Phd) - PA utk Jab. Penyelidikan
  3. Far (Master)
mereka nie pasukan yg jaga org2 lepasan ID team .. heheheh .. lepas jd student kami .. jd student team nie la pulak .. tu pun kalau sambung la ....
kak yah - seorg yg lemah lembut n sporting .. walaupun ketegori leh join the club .. ckp sopan je .. tp bile dah kena join atau time bercakap ngan kepala huhahua cam aku ni .. kire tersampuk gak la .. hhehehheh
Far - name sebenar minah nie fartonah .. herm ok gak die nie .. kepala lebih kurang sama ngan aku .. sempoi n giler gak orangnye .. hehehe (jgn mare far) .. tapi aku tak rapat sgt ngan die nie .. pasal far lebih rapat ngan ross (kerani kewangan APM) ....
bff - selain kak jue .. wani juga rapat ngan aku ... kenal lama ngan wani ni .. dr aku masuk APM n koje kat perpustakaan APM lg aku dah rapat ngan di .. kire zaman sebelum die kahwin la ... hahahahha .. sharing is caring .... :)

Admin Team ..
  1. Kak CC a.k.a Kak Roza
  2. Kak Juraidah
  3. Mieza / miezaro
  4. Rossleza
kak roza -  adelah ketua kerani yg baru ganti en. husin .. so terlalu baru utk aku bercerita pasal kak roza ..tp die aku tgk seorg yg tegas walaupun ade sportingnye ...
kak juraidah - akak ni lak .. tak rapat sgt ngan die .. tp ok la ...... hehehe .. dulu akak ni jurutaip je .. tp skang dah djumudkan .. so rezeki die naik kerani .... die banyak tolong dalam koje buku panduan ID ..
Mieza - kawan aku yg sorang nie .. baru kire ala2 rapat ngan aku sejak kebelakangan nie .. banyak benda gak yg boleh cerita ngan mieza ni .. aku suke panggil die miezaro .. jgn tanye kenapa .. pasal aku pun tak tau .. hehehehhe ... die ni pun cam kak juraidah .. dulu jurutaip .. skang ni rezeki die naik kerani ..
rossleza - kerani kewangan APM ... duit APM die la pegang .. (wakkakak) .. tau dak ross aku tulis cam nie .. habis aku .. hehehhe .. ross ni kwn baik kepada far ... mana ade far .. situ ade ross .. begitu la sebaliknye .. ehhehehe

RnD Team
  1. Kak Ahna
  2. Mass
Kak Ahna cover (PA)  utk jabatan penerbitan .... jual buku kat APM tu .. Jabatan die la yg tentukan ... Mass lak cover (PA) utk Dokumentasi ... tp aku n ID team banyak gak berurusan ngan die pasal die gak jaga jadual utk APM ....

Staff Lelaki
  1. Ard (fardzlin)
  2. Zul (Zulhilmi)
  3. Abg Jep
  4. Amir
  5. Roslie
Ard adelah juruteknik komputer APM (Makmal Komputer APM tu die punye .. wakakka) ... manakala Zul lak juruteknik bangunan APM (bangunan APM tu die yg kawal ... urusan sewa dewan n lain2 semua ngan die la).... Abg jep n Amir adelah Pem. Am Rendah utk APM (hantar surat diorg ni punye koje la) ... Rosli lak satu2 nye kerani lelaki di APM (kerani utk jabatan bahasa) ... hero2 APM ni semuanye tak betul n tak leh pakai (hahahhaha) .. kalau borak ngan depa .. pecah perut di buat nye ...

APA NAK JADI ...

semoga misi membawa pulang pelajar n rakyat Malaysia di Mesir berjalan dengan lancar .. harap2 tiada masalah ....  .... d mesir huru hara makin menjadi.. .. kemudahan perhubungan terputus ... para ibubapa pelajar yg ada d sana tidak keruan memikir nasib anak mereka ... pecah masuk rumah berleluasa ... :(
sama2 kite berdoa untuk keselamatan mereka ...
diharapkan mereka semua selamat ...  begitu risau dengan kekacauan yg menjadi2 sejak kebelakangan ini ... mana pegi semangat kekitaan masyarakat dunia sekarang nie ...sana sini sudah tidak selamat .... nasib baik aku dilahirkan di bumi Malaysia .. yang penuh dengan kedamaian ...semoga negara ini tidak menjadi seperti negara2 luar yg bergolak .... subhanallah ..... allah lebih mengetahui ....

CNY :
hari ni raye chine ... cuti lama woo (4 hari)... hehheh .. tapi tak ke mana pun .. tak jln2 ... pasal kami baru g bercuti ke Genting ... so lepaking d umah saja .. hehhehe ... kami wat bbq time lunch .. best n sedap woo .. sepupu ku ADA n mak die yg ku panggil achik rozi dtg .. memeriahkan keadaan .. bertambah gamat jadinye .... :)

Tuesday, February 1, 2011

BELACAN dan PAKU

memula aku rase cam pelik ... bile tgk MHI pagi nie .. meka promote baik punye ............. kata nak kenalkan Belacan n Paku yg popular di YouTube ... dlm hati aku kate ... ape la sebenarnye belacan n paku ni .. ape yg popular n sape meka .. name pun guna nama makanan ..

rupenye "Belacan dan Paku" ialah lakonan dua kawan rapat yang suka bercakap dalam bahasa Malaysia.. Kedua-dua wataknya berasal dari USA dan tinggal di Sarawak/Sabah selama setahun lebih.. Belacan & Paku sungguh minat segalanya yang berkaitan dengan Malaysia...  the best thing is ... mereka terlalu fasih berbahasa Melayu ... mereka tidak mahu langsung menggunakan bahasa inggeris ketika berkomunikasi ... td pengacara MHI interview pun menggunakan Bahasa Melayu ... mereka begitu bangga bertutur dalam bahasa Melayu .. di sebabkan mereka duduk d sarawak ketika berada d Malaysia .. mereka juga boleh bertutur dalam loghat sarawak n juga boleh berkomunikasi dalam bahasa iban dengan baik .. menarik bukan .... bukan senang nak carik org luar yg macam mereka ni .. begitu cintakan n sayangkan keindahan bahasa Melayu .... sedangkan orang kite sendiri lebih mengagung2kan bahasa luar .. sib baik adenye tempat koje aku ni .. Akademi Pengajian Melayu .... so bangsa, pemikiran, budaya, serta pegangan n bahasa Melayu ni masih terjaga n terbela ... hidup APM ...

agak2nye .. kalau ajak mereka dtg n memeriah kan APM.... meka ni nak x ... hehhehe .. berangan yang terlebih sudah ... tp aku nak biar yg lain sedar bahawa .. kehidupan n budaya serta bahasa Melayu amat disanjung oleh orang luar yg bukan Melayu ... dan sambil tue .. nak ketengah maklumat yg lebih pasal bahasa n bangsa kesayangan aku nie kepada 'Belacan n Paku' .... n nak kenalkan kepada meka bahawa APM lah tempat yg tepat n padat dengan maklumat untuk mereka lebih mengetahui berkenaan dengan bangsa Melayu ... kan3 ....